Cari:
Kota Purba Weishan
2017-03-01 10:07:31 CRI Cetak

Kota Weishan di kaunti Weishan hanya berjarak 60 kilometer dari Dali, provinsi Yunnan.

Pada zaman purba, negara kerajaan Nanshao (Tahun 738-902) ditubuhkan di situ.

Bangunan di seluruh kota purba itu dihiasi dengan jubin kelabu, manakala tembok rumah dibina dengan batu buntar, yang menampilkan gaya primitif, halus dan indah.

Di kedua-dua belah Jalan Nanshao, keaslian bangunan pada zaman Dinasti Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1636-1912) masih kelihatan terpelihara.

Jalan yang berlekak-lekuk menunjukkan jalan tersebut telah berusia lebih seratus tahun yang lalu.

Lorong yang panjang dan sempit, tingkap kayu dengan ukiran yang halus dan dinding yang dihiasi lukisan yang berwarna-warni dapat kelihatan di rumah-rumah lama.

Selain tapak tinggalan kota purba itu, di kawasan Gunung Weishan yang mengelilingi kota purba itu, terdapat perkampungan etnik Zhuang yang dinamakan Zhuomulang. Rumah penduduknya berjubin kelabu, manakala tembok putih dibina menyerupai bentuk gunung.

Penduduk di kampung itu hidup dalam suasana yang senyap dan sunyi kerana kehidupan harian mereka hanya berkaitan dengan lembah, sungai, hutan, tanah pertanian, rumah dan bunga pic.

Kampung yang mempunyai pemandangan yang indah sekali itu masih memelihara adat resam kerajaan Nanshao dan cara kehidupan lama.

Penduduk di situ amat mencintai alam, malahan baju wanita juga kebanyakannya berwarna hijau.

Weishan merupakan tempat asal bagi sejenis kaedah tradisional mewarnakan kain di China, namanya Zaran.

Zaran bermaksud mengikat sebahagian kain terlebih dahulu sebelum mewarnakannya supaya bahagian yang diikat itu tidak berwarna dan menghasilkan pelbagai corak.

Oleh itu, sekiranya melawat ke Weishan jangan lupa mengunjungi galeri Zaran untuk menikmati budaya tradisonal yang amat menarik itu.

Selain itu, Dage juga merupakan sebahagian kehidupan penduduk entik Yi.

Pada hari Pesta Obor, orang ramai dari pelbagai tempat akan berkumpul dan menari serta bernyanyi bersama-sama sambil mengelilingi unggun api.

Terdapat banyak lagi aktiviti etnik Yi yang boleh dinikmati di Weishan.

Selain itu, jangan lupa mencuba makanan Weishan seperti kuih tepung beras, mi dan pelbagai jenis sup.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China