Cari:
The Mountain Resort di Chengde
2017-03-04 09:37:59 CRI Cetak

The Mountain Resort Chengde yang juga disebut sebagai Chengde Imperial Summer Resort disenaraikan sebagai warisan budaya dunia, destinasi pelancongan peringkat 5A, peninggalan sejarah penting kebangsaan dan salah satu daripada empat taman yang tersohor di China.

Taman itu mula dibina pada tahun 1703.

Setelah dibina oleh tiga maharaja, iaitu Kangxi, Yongzheng dan Qianlong, pembinaan taman itu selesai sepenuhnya 89 tahun kemudian.

Taman itu menggabungkan pemandangan di utara dan selatan China serta merupakan taman diraja yang paling besar pada ketika ini.

Taman itu terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kawasan balairung seri, tasik, dataran dan pergunungan.

Taman itu juga mempamerkan bentuk muka bumi dan landskap seluruh China serta dianggap sebagai taman klasik yang seni binanya paling cemerlang dalam sejarah.

Pada zaman dahulu, maharaja Dinasti Qing (1636-1912) membawa pegawai, tentera dan keluarga baginda ke Padang Mulan yang terletak lebih 350 kilometer dari Beijing untuk memburu haiwan dan melatih pasukan tentera.

Baginda telah membina 21 istana sementara sepanjang perjalanan dari Beijing ke padang tersebut.

The Mountain Resort merupakan salah satu daripada 21 istana sementara tersebut.

Ketika tentera bersekutu Britain dan Perancis menceroboh China dan menduduki Beijing pada tahun 1860, Maharaja Xianfeng telah membawa pegawai dan keluarga baginda melarikan diri ke The Mountain Resort di Chengde dan menjalankan pentadbiran negara di taman itu.

Selain pemandangan yang indah dan seni bina yang mengagumkan, taman itu juga mencatat banyak sejarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China