Cari:
Tidak Sempurna Jika Tidak Lawat Empat Lokasi Ini di Hong Kong
2017-03-06 10:45:04 CRI Cetak

Jika anda jenis "kaki membeli-belah", anda pasti tahu Hong Kong tersenarai sebagai salah satu destinasi percutian anda. Siapa yang tak tahu Hong Kong merupakan destinasi utama untuk membeli-belah.

Sekiranya anda tertarik untuk singgah ke Hong Kong tetapi mempunyai bajet terhad, jangan risau kerana ada empat lokasi menarik yang harus anda masukkan dalam senarai kunjungan semasa berada di Hong Kong.

1. The Peak

The Peak adalah lokasi terbaik untuk menikmati gemerlapan cahaya kota Hong Kong pada waktu malam. Anda juga boleh menyaksikan sendiri gemerlapan pancaran cahaya lampu dari bangunan-bangunan pencakar langit.

2. Pulau Lantau

Bangunan pencakar langit bukanlah satu-satunya tarikan yang terdapat di Hong Kong. Di Hong Kong juga terdapat lebih dari 230 buah pulau dengan pemandangan pantainya yang cantik.

Satu daripadanya adalah Pulau Lantau, iaitu pulau terbesar di Hong Kong, berhampiran dengan pulau utama dan semenanjung Kowloon. Pulau tersebut juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Anda boleh menggunakan feri untuk ke pulau itu dan melihat pemandangan perbukitan di sana dengan menaiki kereta kabel Ngong Ping.

3. Patung Buddha Gergasi Tiantan

Tidak lengkap perjalanan anda di Ngong Ping, Pulau Lantau Hong Kong jika tidak melihat objek tarikan pelancong, iaitu patung Buddha berukuran gergasi.

Dakilah 268 anak tangga untuk melihat patung ini lebih dekat sambil menikmati pemandangan gunung-ganang serta laut yang terbentang luas.

4. Kapal Feri

Anda juga boleh menyaksikan panorama indah kota Hong Kong dengan menggunakan kapal feri dari pelabuhan. Dengan HKD980 (kira-kira RM560), anda akan dibawa menyusuri sungai untuk menikmati keindahan lampu kota di Hong Kong selamat 10 minit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China