Cari:
Tips Memakai Pakaian ketika Melancong di Beijing pada Musim Bunga
2017-03-17 10:46:14 CRI Cetak

Musim bunga merupakan masa yang amat bagus untuk melawat ke bandar Beijing.

Walaupun suhu mula naik, namun pelancong masih perlu menyiapkan pakaian yang sederhana tebal jika melawat ke Beijing pada musim bunga, khususnya pada awal bulan Mac.

Hal tersebut kerana cuaca di Beijing adakalanya sejuk, khususnya pada waktu malam.

Menurut statistik, suhu udara di Beijing pada bulan Mac dan Mei adalah antara 5 hingga 24 darjah Celsius.

Terdapat perbezaan yang ketara antara suhu siang dengan malam, iaitu melebihi 10 darjah Celsius.

Terdapat satu ungkapan China yang berbunyi, cuaca pada musim bunga seumpama perasaan bayi yang sering berubah-ubah.

Oleh itu, pelancong dicadangkan menyiapkan pakaian yang sederhana tebal dan juga nipis agar selaras dengan keadaan cuaca semasa.

Terdapat satu lagi ungkapan China, iaitu lebih baik memakai pakaian yang tebal sedikit pada musim bunga dan memakai pakaian yang nipis pada musim luruh.

Ungkapan tersebut adalah berdasarkan pengalaman orang China dalam memilih pakaian yang sesuai untuk kedua-dua musim bagi menjaga kesihatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China