Cari:
Hayati Keindahan Bunga Pic di Linzhi, Tibet
2017-03-20 17:07:29 CRI Cetak

Bulan Mac adalah masa yang paling baik untuk menghayati kecantikan bunga di China, terutamanya di kawasan Selatan China.

Pesta bunga pic diadakan di Linzhi, Tibet pada bulan Mac dan April setiap tahun.

Bunga pic liar tumbuh berselerakan di kawasan pergunungan, dataran dan lembah sungai.

Bunga pelbagai jenis yang berlatarbelakangkan ladang barli di kawasan dataran tinggi nan menghijau itu telah mewujudkan pemandangan yang cukup indah dan mempesona di seluruh Linzhi.

Jika bertolak dari pekan Bayi, di kedua-dua belah lebuh raya provinsi sampai di destinasi pelancongan lembah Yaluzangbu, kelihatan bunga pic yang berkembang mekar mengelilingi kampung seumpama seorang penjaga sedang melindungi kampung Tibet.

Di tempat berjarak kira-kira lima kilometer dari tenggara pekan Bayi, terdapat hutan pokok pic semula jadi yang selalu disebut sebagai Taohuagou (bermaksud lembah bunga pic).

Hutan tersebut juga merupakan tempat yang paling baik untuk menikmati keindahan bunga pic di Linzhi.

Kampung Suosong dibina di tengah-tengah kawasan pergunungan dan berdepan dengan puncak Namjagbrawa.

Di kaki gunung itu terdapat Sungai Yaluzangbu yang mengalir deras dan pokok-pokok pic yang tumbuh mekar.

Maka, kampung tersebut menjadi kedudukan yang paling baik bagi peminat fotografi untuk mengambil gambar puncak Namjagbrawa dan pemandangan bunga pic.

Puncak Namjagbrawa yang setinggi 7,782 meter dari paras laut itu merupakan puncak yang paling tinggi di kawasan Linzhi Tibet.

Jika anda berkesempatan untuk singgah di kawasan kampung yang terletak di sekitar kawasan itu, anda bukan sahaja dapat menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam di puncak Namjagbrawa, malah dapat juga menikmati keserian "wajah" puncak itu semasa disinari cahaya bulan pada sebelah malam.

Di pekan Lulang yang berjarak kira-kira 80 kilometer dari pekan Bayi, ada sebuah hutan rimba yang dianggap paling indah di China, iaitu Lu Lang Lin Hai.

Panorama yang terdiri daripada pepohon yang subur, pelbagai spesies bunga, sungai yang jernih dan bangunan berseni bina Tibet yang berselerakan di padang rumput serta lembu yang merayau-rayau di kawasan sekitar amat menarik dan mengagumkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China