Cari:
Taman Budaya Etnik Hui China
2017-04-13 10:56:28 CRI Cetak

Taman Budaya Etnik Hui China yang terletak di kaunti Yongning bandar Yinchuan provinsi Gansu, China, mula dibina pada tahun 2002. Berhampiran dengan Masjid Najiahu yang amat terkemuka, Taman yang seluas 66.6 hektar itu menunjukkan budaya, adat resam, makanan, pertanian dan perdagangan etnik Hui, etnik yang menganut agama Islam yang terbesar di China. Selain itu, sebagai destinasi pelancongan peringkat 4A negara dan pangkalan teladan industri kebudayaan peringkat kebangsaan, Taman tersebut turut memperlihatkan budaya Sungai Kuning, budaya Tembok Besar China, budaya kawasan sempadan serta budaya padang pasir.

Bangunan untuk projek fasa pertama yang seluas 20 hektar beroperasi pada tahun 2005, dengan melibatkan muzium etnik Hui, pusat adat resam etnik Hui, perkampungan adat resam, pusat persembahan dan medan selera. Bangunan untuk projek fasa kedua termasuk muzium etnik Hui baharu, panggung persembahan laluan sutera One Thousand and One Nights, Akademi Meixiang, kapal Laluan Sutera, panggung air dan pusat perkhidmatan pelancong.

Sebagai wadah kepada pelancong untuk mengetahui dan menghayati budaya etnik Hui, Taman telah menerima kunjungan sejumlah besar pelancong dari dalam negeri dan pemimpin negara serta pegawai dan sarjana dari lebih 20 negara termasuk Malaysia, Amman, Arab Saudi, Iran, Pakistan dan Libya. Sahabat-sahabat Islam dari luar negara telah menghadiahkan model kapal kuno, pakaian tradisional, buku dan gambar kepada taman itu yang dilihat sebagai jambatan bagi pertukaran kebudayaan antara China dengan negara-negara yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China