Cari:
Ya'an, Kampung Panda di China
2017-04-19 13:51:00 CRI Cetak

Filem Kung Fu Panda 3 telah pun ditayangkan di seluruh dunia. Dalam filem tersebut, penonton dapat melihat bapa Po akhirnya berjumpa dengan Po dan membawa Po pulang ke kampung halaman Po.

Difahamkan, penerbit filem Kung Fu Panda 3 telah datang ke Ya'an, China untuk mendapatkan idea sebenar berhubung dengan tempat kelahiran panda. Oleh itu, taman Kampung Panda dalam filem terbaharu kali ini, yang berlatarkan gunung yang menghijau dan air sungai yang jernih, serta panda-panda yang sedang bekerja keras, adalah hasil rujukan yang dilakukan oleh pihak penerbitan filem tersebut.

Walau bagaimanapun, kebanyakan penonton tidak mengetahui tempat asal bagi haiwan yang bernilai tinggi itu ialah Ya'an, yang terletak di provinsi Sichuan, China. Bandar Ya'an yang mengambil masa sejam perjalanan menggunakan kereta dari bandar Chengdu, dikenali sebagai permata hijau di kawasan barat China.

Terdapat banyak cerita yang menarik dan pemandangan yang mempesona di bandar tersebut. Panorama indah yang terbentang di antara Dataran Chengdu dan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet merupakan kejadian alam yang menakjubkan, di samping tempat lahirnya panda, haiwan yang sangat comel dan bernilai itu.

Ya'an, yang juga dikenali sebagai lokasi penemuan panda yang pertama, turut digelar "kampung panda". Panda dianggap kurniaan alam kepada Ya'an, maka melindungi panda serta habitatnya menjadi tugas bersama penduduk bandar tersebut. Dalam tempoh beberapa dekad lalu, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melancarkan program-program perlindungan demi menjayakan misi tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China