Cari:
Koleksi Berharga di Muzium Istana Kuno Beijing Lebih 1.8 Juta
2017-04-19 09:59:17 CRI Cetak

Di pusat bandar Beijing terdapat kawasan istana berdinding merah dan beratap kuning keemasan.

Itulah Istana Kuno Beijing yang termasyhur di dunia.

Istana Kuno yang juga dikenali sebagai Kota Larangan itu merupakan istana kerajaan Dinasti Ming dan Qing antara abad ke-15 hingga ke-17, dan disenaraikan dalam Daftar Nama Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1987.

Di Muzium Istana Kuno terdapat berbelas-belas astaka yang masing-masing memperagakan kesenian pelbagai zaman, lukisan, perkakas tembaga, seni kraf tangan Dinasti Ming dan Qing, artifak istana Dinasti Qing serta dokumen kerajaan Dinasti Qing.

Muzium Istana Kuno kini telah menjadi destinasi pelancongan utama yang sering dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara setiap tahun.

Kurator Muzium Istana Kuno, Shan Jixiang menyatakan bahawa jumlah koleksi berharga di muzium itu telah meningkat 50 ribu pada ketika ini, berbanding dengan tahun 2010 dan mencatat lebih 1.8 juta koleksi.

Koleksi berharga pada tahun 2014 hingga 2016 terdiri daripada 15 sektor, antaranya termasuklah tulisan Maharaja Qianlong, surat-surat dinasti Ming dan Qing, sampel serpihan tembikar dan seramik, peralatan tembikar kuno, tulisan yang diukir pada kulit kura-kura, gambar istana dinasti Qing, dan sebagainya.

Tambah beliau lagi, walaupun pihaknya telah mencapai kejayaan dalam mengumpulkan koleksi berharga tersebut selama tiga tahun, namun usaha berkenaan akan terus dijalankan.

Muzium Istana Kuno telah mengadakan pameran hingga 15 April lalu bagi membolehkan orang ramai melihat koleksi tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China