Cari:
Menyingkap Keunikan Chengdu
2017-04-27 10:08:01 CRI Cetak

Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan di barat daya China, merupakan sebuah destinasi pelancongan yang amat menarik, selain mempunyai sejarah dan kebudayaan yang cemerlang.

Masakan yang sedap, opera Sichuan yang menarik dan gaya hidup yang bersantai menjadi daya tarikan istimewa kepada pelancong.

Selain itu, terdapat banyak kisah berhubung maharaja dan pembesar serta sasterawan terkenal yang berasal dari Chengdu.

Chengdu merupakan tempat berasalnya kebudayaan negeri Shu pada zaman Tiga Negeri (220-280). Banyak artifak yang ditemui di bandar ini membuktikan kegemilangan tamadunnya sejak ribuan tahun yang lalu.

Chengdu kaya dengan warisan seni budaya yang cemerlang, yang turut memberi pengaruh besar kepada masyarakat Cina di seluruh dunia. Kebudayaan ini telah diterap dalam kehidupan harian penduduk tempatan, seperti budaya makan, cara bersantai dan tradisi minum teh.

Selain itu, Chengdu mempunyai sistem pengairan tertua di dunia, Dujiangyan yang merupakan antara lambang kehebatan tamadun China yang wujud hingga kini.

Tip pelancongan:

1. Sediakan payung kerana banyak hujan di bandar ini sepanjang tahun.

2. Chengdu terkenal dengan masakan yang pedas dan sedap, namun jangan makan terlalu banyak kerana tidak baik kepada perut.

3. Bulan Mac hingga Jun dan bulan September hingga November adalah masa yang terbaik untuk melawat ke Chengdu.

4. Bulan Julai dan Ogos merupakan tempoh yang cuacanya paling panas di Chengdu, namun terdapat beberapa pusat peranginan yang berbaloi dilawati di sekitar bandar Chengdu, termasuk Gunung Qingcheng, Gunung Salji Xiling dan Jiulonggou.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China