Cari:
Pesta Wanita di Guangyuan, Sichuan
2017-09-07 14:46:45 CRI Cetak

 

Pesta Wanita dirasmikan dalam suasana yang meriah di Guangyuan, provinsi Sichuan pada 1 September lalu.

Sempena pesta ini, pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya termasuklah pertunjukan bakat seni oleh perempuan, persembahan riwayat hidup Maharaja Perempuan Wu Zetian, perlumbaan perahu burung phoenix, dan lain-lain. Penduduk tempatan serta pelancong dari tempat lain berpeluang menghayati budaya tradisional tempatan yang istimewa selain melancong ke tempat-tempat pelancongan dan mengunjungi pameran kebudayaan.

Untuk memperingati Wu Zetian, satu-satunya maharaja perempuan dalam sejarah China, kerajaan tempatan Guangyuan menetapkan 1 September setiap tahun sebagai Pesta Wanita. Di samping itu, pesta ini juga wadah untuk mempamerkan kecantikan, kerajinan, dan bakat golongan wanita pada zaman moden ini.

Guangyuan dipanggil Lizhou pada zaman dahulu. Ia yang terletak di utara provinsi Sichuan, bersempadan dengan provinsi Shaanxi dan Gansu. Kampung halaman Maharaja Perempuan Wu Zetian ini kaya dengan unsur kebudayaan dan sejarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China