Cari:
v Taman Hutan Kebangsaan Beishan (2)
Langshidang yang terletak di kawasan peralihan dari Tanah Tinggi "Huangtu" yang bermakna "tanah loes" ke Dataran Tinggi Qinghai-Tibet merupakan lembah terpanjang di Taman Hutan Kebangsaan Beishan.
v Taman Hutan Negara Beishan (1)
Taman Hutan Negara Beishan yang terletak di timur laut Kaunti Autonomi Tu Huzhu, provinsi Qinghai, China, mempunyai ketinggian 2,100-4,308 meter dari paras laut dan luasnya 1,127 kilometer persegi dengan kadar liputan hutan sebanyak 64.3%.
v Tasik Sayram
Terletak di sebelah barat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Tasik Sayram terkenal di dalam dan luar China dengan pemandangan semula jadi yang mempesonakan. Tasik ini berjarak lebih 90 kilometer dari barat daya bandar Bole dan jalan raya yang menghubungkan bandar Urumuq, ibu kota Xinjiang dengan bandar Yili melalui pantai selatan tasik itu.
v Tasik Gahai, Tasik Air Tawar Paling Besar di Gansu
Pelancongan ke provinsi Guansu China dianggap tidak lengkap jika tidak melawat ke kaunti Luqu dan Tasik Gahai, tasik air tawar yang paling besar di kawasan Gannan.
v Pulau Burung di Qinghai
Pulau Burung pernah merupakan destinasi yang paling menarik di Tasik Qinghai. Namun kini, ia bukan lagi satu pulau kerana sudah bersambung dengan benua pada tahun 1978. Oleh sebab persekitaran habitat burung terjejas semakin teruk
v Pekan Kuno Jiezi
Pekan kuno Jiezi terletak di kaki gunung Fengqi, 25 kilometer dari barat laut kota Congzhou yang dibawah pentadbiran bandar Chengdu, provinsi Sichuan. Pekan ini juga berdekatan dengan gunung belakang bagi Gunung Qingcheng.
v Destinasi Peranginan Sanjiang
Destinasi Peranginan Sanjiang yang terletak di selatan kaunti Wenchuan, Wilayah Autonomi Tibet dan Qiang Aba provinsi Sichuan merupakan kawasan pertemuan tiga sungai, iaitu Sungai Xi, Sungai Zhong dan Sungai Heishi. "Sanjiang" bermaksud "tiga sungai" dalam bahasa Madarin.
v Wuhan, Bandar Budaya Terkemuka
Menara Huanghelou (Yellow Crane Tower atau Menara Burung Jenjang Kuning) yang terletak di bandar Wuhan, provinsi Hubei merupakan salah satu daripada empat menara yang terkenal di China. Menara lima tingkat dan setinggi 50.4 meter itu dibina pada tahun 233, dan setelah itu telah kerap kali dibaik pulih. Menara yang kita lihat pada masa ini dibaik pulih pada tahun 1985.
v Jalani Ekspedisi di Shennongjia, Hubei
Zon Perlindungan Alam Semula Jadi Shennongjia yang terletak di sempadan bahagian barat provinsi Hubei merupakan satu-satunya sebuah kawasan hijau yang dilindungi dengan baik di kawasan garis lintang tengah di dunia.
v Gunung Qingcheng, Tempat Istirahat Terbaik pada Musim Panas
Kawasan peranginan Gunung Qingcheng terletak 16 kilometer di barat daya bandar Dujiangyan, provinsi Sichuan China. Penduduk tempatan suka memilih kawasan itu sebagai tempat istirahat pada hujung minggu.
v Tengchong, Kaunti Bersejarah Mempesona
Kaunti Tengchong terletak di barat provinsi Yunnan, bersempadan dengan Myanmar. Kaunti berkeluasan 5845 kilometer persegi ini terletak di tempat 3780 meter dari paras laut.
v Beidaihe: Destinasi Makan Angin yang Mengujakan
Beidaihe terletak di barat daya bandar Qinhuangdao, provinsi Hebei China. Beidaihe yang menghadap Laut Bohai di selatannya merupakan tempat peranginan yang terkenal di China. Suhu udara purata di Beidaihe kira-kira 24.5 darjah Celsius pada musim panas.
v Bersantai di Gunung Wuyi
Bagi warga kota metropolitan yang selalu mengimpikan percutian di tempat yang cuacanya nyaman pada musim panas, Gunung Wuyi merupakan pilihan yang amat sesuai. Gunung Wuyi terletak di provinsi Fujian, tenggara China. Gunung ini merupakan tempat peranginan musim panas yang terkenal di China berikutan udaranya yang nyaman iaitu purata suhu tahunan antara 8.5-18 darjah Celsius.
v Hutan Topografi Tanah Yuanmou (2)
Ketika berjalan kaki di sini, akan kelihatan pacakan tiang-tiang tanah yang beraneka bentuk, bagaikan berada dalam satu dunia yang baharu dan aneh. Ada tiang yang berbentuk pedang mencacak ke langit; ada yang mirip seorang hulubalang berdiri tegak; ada yang umpama seorang gadis yang berdiri anggun mendongak jauh ke hadapan.
prev 1 2 3 4
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China