Cari:
Kilang Pinggan Mangkuk Muslim Tangshan, Hebei
2010-08-23 14:23:47 CRI Cetak

Dengan demikian, beliau membuka Kilang Tembikar Muslim Bulan Sabit Tangshan. Pada mulanya, beliau cuba menulis tulisan khat Arab dan melukis pemandangan atau corak-corak lain di muka pinggan mangkuk tembikar yang dihasilkannya. Beliau bersungguh-sungguh untuk menghasilkan pinggan mangkuk tembikar Muslim dan benar-benar mahu melihat tembikar yang dihasilkannya mendapat sambutan. Malangnya apa yang berlaku sangat mengecewakan beliau. Apabila beliau tiba Beijing dengan membawa pinggan mangkuk untuk mencari peluang kerjasama dengan sebuah kedai yang khusus menjual barang keperluan orang Islam, tuan kedai itu bersikap dingin terhadap beliau. Biarpun berasa amat kecewa, namun Haji Hong Guifu tidak putus asa. Beliau terus berazam mencari pasaran untuk tembikarnya. Memang seperti apa yang pernah beliau harapkan, sebuah rancangan di TV telah memaparkan mengenai pinggan mangkuk yang dihasilkannya. Rancangan TV tersebut yang membuat liputan di sekitar kediaman etnik Hui di kawasan Niujie, iaitu kawasan terbesar di Beijing yang didiami etnik Hui. Dua keluarga yang dipaparkan dalam program TV itu menggunakan pinggan mangkuk yang dihasilkan daripada kilang beliau. Beliau berasa sangat besar hati ketika menonton rancangan itu kerana pinggan mangkuk yang dihasilkannya telah dapat diterima oleh keluarga orang Islam. Hal ini sangat menggalakkan dan menimbulkan keyakinan Haji Hong.

Beliau semakin bersung-sungguh mempromosikan pinggan mangkuk tembikar Muslim itu. Haji Hong menyewa sebuah lori untuk mengangkut pinggan mangkuk tembikar Muslim itu ke Beijing untuk menyertai pameran dan penjualan. Semua barang-barang tembikar beliau habis dijual dalam masa tiga hari sahaja.

Sanjungan demi sanjungan yang diterimanya namun langkahnya tidak berhenti di situ sahaja untuk terus mengembangkan perusahaannya. Beliau sendiri mereka bentuk semua produk dan mengenakan piawaian yang tinggi terhadap semua hasil tembikarnya. Untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi, beliau bersungguh-sungguh mendalami keilmuan dalam bidang keagamaan dan tembikar untuk mendapat lebih banyak inspirasi.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Jalan Raya Sichuan-Tibet yang Indah 

• Hutan Pokok Populus Diversifolia di Mesozoic
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China