Cari:
Penjelasan tentang Kolam Jingyuetan di Provinsi Jilin
2010-08-25 10:03:24 CRI Cetak

Menjelaskan soalan dari Saudara Suwito

Kolam Jingyuetan yang terletak kira-kira 12 kilometer di bahagian tenggara bandar Changchun, ibu kota Provinsi Jilin ini, digelar "mutiara hijau", dan selalu dibandingkan dengan Kolam Riyue di Taiwan. Kolam ini dinamakan Jingyue kerana bentuknya seperti bulan sabit ekoran terbinanya projek empangan di sana. Kolam Jingyuetan, sebagai destinasi pelancongan telah disenaraikan sebagai kawasan peranginan peringkat negara oleh Dewan Negara China dan taman hutan negara oleh Jabatan Pentadbiran Perhutanan China. Kawasan pelacnongan ini kini sudah menjadi kawasan percutian peringkat provinsi Jilin.

Kawasan pelancongan Kolam Jingyuetan ini mengalami iklim tempat musim, dan cuacanya amat nyaman. Suhu udara yang paling tinggi di sini hanya 28.3 darjah Selsius sahaja, dan yang paling rendah ialah minus 22.4 darjah Selsius. Pemandangan gunung dan air di kawasan pelancongan ini amat indah, suasana alam mempesonakan, dan berjaya menarik begitu ramai pelancong. Pelancong datang ke sini untuk bersiar-siar pada musim bunga, bercuti untuk mengelak daripada kepanasan pada musim panas, menikmati keindahan daun-daun yang merah pada musim gugur dan bermain skating dan ski pada musim sejuk. Kawasan pelancongan ini dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu pusat perkhidmatan pelancongan, kawasan percutian, kawasan peranginan, taman industri, kawasan pertanian dan pengeluaran bahan makanan hijau tanpa pencemaran. Di sini bukan sahaja vila dan padang golf yang telah dibina untuk menarik para pelancong, malah pakej pelancongan istimewa seperti pelancongan ais dan salji, rekreasi atas air, pelancongan hutan, pelancongan budaya tempatan juga turut ditawarkan kepada para pelancong.

Dataran Jingyue yang luasnya kira-kira 33.5 ribu meter persegi ini bukan sahaja merupakan tempat bagi para pelancong berehat, berjalan-jalan dan melakukan riadah, tetapi juga merupakan tempat yang selamat ketika berlaku kecemasan. Tebing Jingyuetan yang berpasir dan luasnya kira-kira 10 ribu meter persegi ini pula merupakan tebing berpasir buatan manusia yang paling luas di Provinsi Jilin. Pantai berpasir ini dapat menampung sehingga 3000 orang untuk bermain pada satu-satu masa.

Kawasan pelancongan Kolam Jingyuetan ini luasnya 200 kilometer persegi, 4.3 kilometer persegi daripadanya merupakan kawasan kolamnya yang berair. Hutan buatan manusia yang luasnya 80 kilometer persegi di sini merupakan yang paling luas di China, dan juga terkenal di dunia. Kadar litupan hutannya yang mencecah 58.6% daripada seluruh kawasannya menjadikan hutan itu "Hutan Buatan Manusia Terbesar di Asia". Kawasan pelacnongan ini kaya dengan sumber semula jadi, selain hutan yang cukup luas itu, terdapat juga pelbagai bunga liar, tumbuhan herba, 82 jenis haiwan vertebrat dan lebih 60 jenis burung. Selain itu, sumber galian juga banyak di sini.

Yang menarik minat para pelancong ialah mereka boleh mengunjungi Pusat Pemeliharaan Rusa yang luasnya kira-kira 30 ribu meter persegi di kawasan ini untuk menyaksikan rusa berbintik yang jumlahnya lebih seribu ekor dan rusa kutub yang berasal dari Gunung Tianshan, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Rusa kutub ini disenaraikan sebagai haiwan perlindungan negara kelas kedua.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China