Cari:
Penjelasan Tentang Asal Usul Seni Ikatan Tali China
2010-11-24 14:27:56 CRI Cetak
saudara Suwito bertanya mengenai asal usul seni ikatan tali China

Nama penuh bagi seni ikatan tali China ialah "seni ikatan tali hiasan tradisi China". Hasil seni ini ialah sejenis barang hiasan kraftangan China yang mempunyai sejarah yang lama. Seni ikatan tali China yang kelihatan cantik dan halus ini bukan sahaja sesuai dengan adat resam dan konsep estetika tradisi bangsa China, malah mencerminkan kebijaksanaan dan kegemaran orang China.

Seni ikatan tali China dengan corak yang berlainan bentuknya membawa makna yang berbeza. Ada yang bermakna kemakmuran dan kekayaan, ada yang bermakna kegembiraan dan kesejahteraan, ada pula yang bermakna kesihatan dan lain-lain. Sehubungan itu, seni ikatan tali China ini dianggap sebagai tanda restu di kalangan rakyat. Terdapat juga sejenis seni ikatan tali yang dianggap dapat digunakan untuk mengelakkan diri daripada gangguan syaitan dan bencana.

Seni ikatan tali mula wujud pada zaman Paleolitik. Pada masa itu, orang China menggunakan ikatan tali sebagai peralatan dalam kehidupan sehari-hari. Disebabkan pada zaman purba, alat untuk mengancing baju seperti butang dan zip masih belum dicipta, maka, orang China meletakkan ikatan tali untuk mengikat baju. Pada masa yang sama, orang China juga menjadikan ikatan tali sebagai hiasan pada pakaian, da menggunakan tali yang ikat untuk menyambungkan beberapa butir jed atau barang hiasan lain sebagai hiasan pada pakaian. Sejak zaman Dinasti Zhou (pada pertengahan abad ke-11 hingga tahun 256 Sebelum Masihi), orang China sudah menggunakan seni ikatan tali untuk menyambungkan jed atau barang hiasan lain. Lama kelamaan seni ikatan tali China telah menjadi komponen penting bagi corak pakaian tradisi China.

Selain itu, orang China juga menggunakan corak seni ikatan tali China untuk menghiasi barang-barang kegunaan harian. Kita boleh melihat corak seni ikatan tali ini pada barang-barang gangsa yang dikeluarkan pada zaman Negeri-Negeri Berperang (iaitu tahun 475-221 Sebelum Masihi). Yang menarik perhatian ialah, ikatan tali juga membawa makna perundangan bagi orang China pada zaman kuno. Ini kerana ikatan tali dapat digunakan untuk mencatat kejadian yang berlaku sebelum huruf dan teknoligi mencetak dicipta. Sehubungan itu, orang China memberikan perhatian besar terhadap seni ikatan tali ini. Pada zaman sekarang, orang China menggunakan seni ikatan tali China ini untuk menghias rumah, dan memberikannya kepada sahabat-sahabat dan saudara mara sebagai cenderamata atau menjadikannya sebagai barang hiasan pada pakaian. Sekarang, dengan semakin ramainya orang China memiliki kereta, ikatan tali juga telah dijadikan barang hiasan dalam kereta.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China