Cari:
Noriani: Bila Mata Kanan Bergerak...
2011-11-09 15:19:55 CRI Cetak

 

Orang Melayu percaya kalau mata kanan bergerak, nak menangis, orang China pula percaya satu bencana akan berlaku. Sejak dua tiga hari sebelum ini, terasa hairan kenapa mata kanan sentiasa bergerak tidak henti-henti. Baru hari ini mendapat jawapannya. Memang nak menangis. Kerana Kad Bank hilang. Hanya sedar ketika hendak membayar di Pasaraya Halal di Niujie setelah tamat lawatan bersama peserta Kembara Muslim China 2011 di Kashgar dan Ningxia.


Pasaraya Halal Di Niujie, Beijing

Puas mencari di merata-rata sambil berdoa dan bernazar sekiranya mendapat balik kad itu akan berpuasa tiga hari. Kad itu merupakan satu-satunya aset paling berharga kerana semua sumber rezeki selama di China tersimpan dalam akaun itu.

Tenggelam punca apa nak buat. Kalau di Malaysia terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Tapi nasib baik bila menghubungi Puan Wenwen, perasaan gundah gulana itu kurang sedikit. Terima kasihlah kerana membantu menghubungi pihak Bank. Terima kasih juga kepada Rozana kerana membantu menjadi penterjemah semasa urusan di Bank.

Syukur kerana hasil jerih perih masih ada.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China