Cari:
Noriani: Jauh di mata lekat di hati..
2011-11-17 14:41:09 CRI Cetak

Program Kembara Muslim di China 2011 sudah berakhir. Namun keakraban tetap kekal segar melalui emel yang diterima saban hari. Seperti rakan wartawan yang lain, Nia atau Kurniawati sudah mula bekerja. Katanya bila balik ke Malaysia baru terasa penat..."penat ber"shopping". Tekad nak datang semula ke Beijing dan Kashgar. Mengikut Fairus dari RTM, beliau telah jatuh cinta dengan China.

Sibuk sekali hari ini kerana mendapat wang bantuan khas awal persekolahan untuk anaknya sebanyak RM100 setiap pelajar. Lebih 5.5 juta pelajar bakal menikmati bantuan itu. Begitu pemurahnya kerajaan Malaysia.

Bercakap mengenai cintakan negara, saya kagum dengan cerita Anna, dari St Petersburg. Rusia. Cinta pertamanya dengan Bahasa Mandarin, berputik pula kepada cinta dengan seorang jejaka China sehingga berakhir dengan sebuah perkahwinan. Walaupun ikatan tidak bertahan lama, namun beliau sudah jatuh cinta dengan China dan mungkin sukar untuk kembali ke Rusia. Sudah hampir tujuh tahun di Beijing dan mempunyai seorang anak yang sudah bersekolah.

Kisah cinta Anna membuatkan saya terfikir sejenak. Apakah pepatah Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..sudah relevan? Lebih baik berhujan emas daripada ditimpa batu kan?

Wo Ai Beijing

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China