Cari:
Farah: Hadiah dari langit
2011-12-02 11:58:20 CRI Cetak

Pagi ini warga Beijing dikejutkan dengan hadiah yang cukup istimewa dari langit. Salji sudah turun!

Seronoknya, salji sudah turun!

Salji yang baru turun ini nipis dan halus sahaja, memang tidak cukup untuk buat orang salji. Tapi tak apa, kalau tak berhenti-henti turunnya, sikit-sikit lama-lama jadi bukitlah. Bila dah jadi bukit, tahulah nasib salji itu nanti.

Salji yang turun ini masih terlalu nipis.

Ada sesetengah orang tidak sukakan salji. Sebab bila salji turun, dunia semakin sejuk dan basah. Kadang-kadang membahayakan juga. Tapi saya tetap sukakan salji. Bila salji turun, rasa seolah-olah dah jadi kanak-kanak semula…

Kalau lihat betul-betul, macam gula ya?

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China