Cari:
Noriani: Berakhirnya Tahun Penuh Cabaran..
2012-01-03 16:41:12 CRI Cetak

Tatkala menjejak kaki di Beijing, hati ini mengharapkan sambutan salji namun tak kesampaian nampaknya. Cuaca dingin dengan matahari begitu girang sekali menyambut ketibaan perantau sepi. Alahai., hari pertama di awal tahun tak menjadi nampaknya.

                                                           Cuaca di beijing, Dingin tetapi Panas

Di KLIA pun ingatkan datang awal ke kaunter daftar masuk, boleh 'dilepaskan' berat beg yang bertambah 10 kilo ekstra, namun kecewa kerana pegawai di kaunter itu langsung tidak bertimbangrasa. Bukan apapun, beg itu mengandungi cenderahati dan hadiah Hari Jadi untuk kawan-kawan.. Bayangkan diminta untuk membayar RM1,200 ..kan itu boleh membeli satu tiket lagi. Tak kesampaian juga. Sedih kerana beg itu terpaksa ditinggalkan.

Walaupun perasaan marah membuak-buak tetapi kerana ingatkan 1 Januari sebagai permulaan tahun kerana lebih positif dalam hidup, hanya senyum penuh kelat diberikan kepada pegawai itu.

                                                                  Gambar KLIA yang Gah...

Selamat Tinggal 2011, Tahun Penuh Cabaran. Semoga Pahit di Awal Tahun membuahkan Kemanisan Sepanjang Tahun 2012.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China