Cari:
 Noriani:  Bila musim mula berubah…
2012-02-28 17:08:15 CRI Cetak

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, terasa begitu malas sekali. Hingga nak makan pun dah tidak teruja lagi. Bila ke pasaraya bagaikan nak rak membeli belah. Apa di depan mata semuanya hendak dibeli, terbayang, kari udang, kari daging, sambal tumis sotong, tom yam.. emm sedapnya. Tapi bila balik apartmen, malas pula nak masak. Kenapa ye??? Ingatkan saya seorang, rumahnya sahabat akrab di tingkat tiga pun sama.. asyik nak makan diluar. Bila ditanya, memang sah bukan saya seorang yang pelik, nampaknya kebanyakkan pakar asing di CRI mempunyai 'masalah' sama.

Mungkinkah 'mood' kita hilang bila musim beralih? Sahabat semeja mengakui ada kebenarannya. Malah bila di'google' banyak juga kajian tentang perubahan tingkah laku manusia yang berkait juga dengan peralihan musim dan perubahan cuaca.

                                       Benarkah tingkah laku manusia dipengaruhi oleh perubahan cuaca?

Ada kajian oleh Universiti Michigan, pakar dari Jerman malah ada yang dibuat sejak tahun 1869. Tapi kajian lebih cenderung kepada unsur psikologi untuk mencari punca kelakuan ganas. Namun ada penyelidik percaya penyakit yang dikenali sebagai (seasonal Affective Disorder).SAD ini berpunca kerana kekurangan cahaya matahari akibat cuaca sejuk. Ia boleh mengakibatkan kemurungan serius. Justeru disyorkan untuk mendapat sekurang-kurangnya 15 minit cahaya matahari setiap hari untuk elakkan gejala SAD.

Tapi kes saya ini tidaklah terlalu kronik, ganas hanya di dapur …tapi mengikut logik rakan semeja saya, memang bila beralih dari musim sejuk ke musim bunga, badan akan merasa letih, mood pula pada darjah paling rendah yang menyebabkan ramai penghuni di Beijing agak 'malas' untuk melakukan perkara yang lazim dan juga tidak suka keluar malam.

                                                    Sejuknya Beijing terasa ke tulang sum-sum

Mungkin boleh pakai juga teori Rooching ini. Apapun… nasib baik mood nak masak aje yang hilang… mood makan tu masih ada lagi…. Emm sedapnya makan cucur kodok panas yang dihantar oleh sahabat di tingkat 3. Jadilah untuk makan malam…

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China