Cari:
Norniani: Mengenali Dunia Fesyen Beijing
2012-02-28 16:41:49 CRI Cetak

Setelah berada di Beijing, baharulah tahu betapa hebatnya pusingan dunia fesyen China. Tidak hairan betapa ligatnya Beijing mengalami evolusi Fesyen setaraf Paris. Selain dirasuk dengan minat memiliki teknologi tercanggih, minat kedua bagi golongan muda pastinya mengenakan fesyen terkini yang ber 'ikon' Barat. Tidak kurang juga gejala K pop turut mempengaruhinya.

                                                          Fesyen kegilaan Golongan Muda china

Pada hujung minggu yang lalu, sempat meninjau di Xidan, kawasan yang menjadi tumpuan golongan muda. Seperti biasa sambil meneguk secawan machiato di Starbucks, mata liar memerhati gelagat golongan yang mempunyai citarasa mengalahkan model. Sepantas mana musim beralih, begitu juga fesyen mengikut iklim di China. Tiada lagi fesyen baju tebal untuk menahan sejuk, kini sudah penuh dengan deretan jualan baju fesyen terkini untuk musim bunga dan musim panas.

                                               Kalau ke Beijing, jangan lupa singgah di Bairong

Semalam pula ke Bairong. Itupun atas cadangan isteri Duta Besar Malaysia ke Beijing, Datuk Iskandar Sarudin dan Cik Normah dari Kedutaan Malaysia. Keluasannya macam di Mahbunkrong di Bangkok, walaupun tidak sehebat Selfridges di London, tapi apa jua keperluan demi memenuhi citarasa dan keinginan terdapat di sana. Harganya pun boleh tahan. Sayang sekali dihujung-hujung riwayat di China baru tahu tempat ini.

Apapun, Bairong boleh menjadi pilihan baharu bagi rakyat Malaysia membelibelah. Tidak perlu menjerit dan dijerit seperti di Silk Street kerana harga memang ok. Nasib baiklah nafsu kami untuk melabur dipatah oleh si Damia yang mengadu laparnya diparas bahaya. Kalau tidak kopakle bulan ini!!!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China