Cari:
Singkatnya hayat bunga magnolia
2012-04-03 14:29:41 CRI Cetak

Beberapa minggu lalu, pokok magnolia berhampiran pintu masuk selatan CRI mula berputik. Saya ini memang mudah terpesona dengan bunga-bungaan. Musim yang sama tahun lalu pun saya banyak memuat naikkan gambar pokok-pokok bunga. Masih ingat?

Tahun ini saya ada projek baharu, iaitu mengikuti perkembangan sekumtum bunga, daripada saat ia masih kudup sehinggalah sudah mekar, dan seterusnya kering. Daripada tarikh gambar-gambar tersebut diambil, kita boleh lihat betapa singkatnya hayat bunga magnolia, dan juga musim bunga di Beijing. Oleh itu, janganlah buang masa lagi. Warga Beijing, cepat-cepatlah ke luar dan nikmatilah keindahan alam ini sementara masih sempat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China