Cari:
Catatan Perjalanan ke Malaysia: Perjumpaan dengan Pak Yang
2015-03-31 09:58:07 CRI Cetak
Oleh Faridah (Wu Yinqian), pelajar jurusan bahasa Melayu, Universiti Komunikasi China

Semasa melawat Pulau Pinang, perkara yang paling mengharukan saya ialah perjumpaan dengan seorang pakcik yang baik hati. Beliau ialah orang Pulau Pinang dan sudi menolong pelancong-pelancong dari negeri yang lain dan luar negara. Walaupun beliau sudah berumur lebih kurang lima puluh tahun, tetapi kelihatan sangat bersemangat.

Pada hari pertama di Pulau Pinang, saya dengan 3 orang kawan ingin mencari lukisan dinding yang termasyhur di sana, tetapi kami tidak berjumpa tempat itu. Semasa kami putus asa dan ingin melintas jalan, Pak Yang tiba-tiba muncul. Selepas mengetahui masalah kamiļ¼Œbeliau mengambil inisiatif membawa kami untuk melawat lukisan dinding. Lukisan dinding ada banyak jenis, dan beberapa lukisan dinding sukar dicari tanpa bantuan orang tempatan. Nasib baik kami berjumpa Pak Yang, barulah dapat menikmati setiap lukisan dinding yang mempunyai pengertian yang berbeza-beza dan memahami Pulau Pinang dengan lebih mendalam. Seperti dihuraikan oleh Pak Yang, ada lukisan dinding yang menggambarkan kedai tempatan yang terkenal, ada yang menunjukkan kebudayaan Pulau Pinang, dan ada juga yang menandakan sejarah Pulau Pinang.

Dalam sepajang hari itu, Pak Yang sebagai pemandu pelancongan yang bersabar mengiringi dan menjaga kami dengan penuh hati. Beliau berbudi pekerti dan amat jujur. Walaupun cuaca sangat panas, tetapi beliau membawa kami dari satu tempat ke tempat yang lain sehingga malam tanpa mengira apa-apa balasan. Sewaktu kami makan malam, kami hendak belanja Pak Yang untuk membalas hutang budi, tetapi beliau terus menolak. Hal ini mengingatkan saya dua kerat pantun yang berbunyi "hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati".

Semasa saya berada di Pulau Pinang, memang selalu berjumpa dengan orang-orang yang baik hati seperti Pak Yang. Orang Pulau Pinang selalu senyum kepada orang lain. Di sana, semua orang suka bantu-menbantu. Saya akan menyimpan kenangan-kenangan manis ini dalam hati selama-lamanya. Moga-moga saya dapat berjumpa dengan Pak Yang jika saya berpeluang pergi ke Puala Pinang pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China