Cari:
Catatan Kampung Manzhang, Xishuangbanna: Anak Kota Masuk Kampung
2015-12-29 12:40:58 CRI Cetak

(oleh Farah)

Kalau namanya anak kota, pastilah seumur hidupnya tinggal di rumah batu. Pasti juga kehidupan hariannya tidak pisah dengan kesibukan hutan konkrit.

Anak kota yang sudah lesu dengan hiruk-pikuk dunia moden, dan ingin merasa hidup di tempat sunyi walau untuk sehari dua sahaja, memang patut ke Xishuangbanna, provinsi Yunnan.

(Foto: Ladang pisang, bukit, langit biru dan awan, rasa segar mata yang memandang)

Di daerah autonomi ini, masih banyak lagi kawasan yang dikekalkan asli dan kaum tani dapat meneruskan gaya hidup yang telah diwarisi berzaman-zaman.

(Foto: Anak kota masuk kampung, jakun melihat ladang pisang?)

Pengunjung Xishuangbanna yang ingin melihat sendiri hidup kaum tani dan industri sara hidup mereka, boleh melawat ke beberapa buah kampung yang telah dibuka kepada pelancong, salah satunya ialah kampung Manzhang.

(Foto: Pintu masuk rumah tradisional etnik Dai di kampung Manzhang, Xishuangbanna)

Lawatan ke kampung Manzhang ini memang membangkitkan nostalgia penulis saat pulang ke kampung halaman ibu bapa pada zaman kanak-kanak dahulu. Rumah bertiang, lorong-lorong kecil dan sunyi, ayam berkokok di bawah rumah, perasaan ketika menelusuri pagar-pagar buluh tidak tergambar dengan kata-kata.

(Foto: Lorong kecil dan sunyi, rumah berpagar buluh)

(Foto: Alangkah bagusnya kalau boleh berumah di sini)

Serupa sahaja dengan kampung yang menjadi tempat penulis menghabiskan musim cuti sekolah dulu, kraftangan dan hasil pertanian adalah keluaran utama Kampung Manzhang. Tukang membuat pasu tanah liat, kain tenun dan anyaman boleh dilihat di sana sini.

(Foto: Penenunan antara kegiatan ekonomi utama di kampung Manzhang)

Sayang sekali masa tidak mengizinkan, tak berkesempatan belajar daripada tukang-tukang yang mahir ini.

(Foto: Pasu tanah liat buatan tangan boleh dibawa pulang untuk kenang-kenangan...kalau beg ada ruang)

Menambah lagi seronoknya kunjungan ke Manzhang, petani ada membuat persembahan untuk memperkenalkan budaya mereka. Cukup kreatif, kegiatan ekonomi utama penduduk kampung seperti pertanian dan penenunan digabungkan dengan tarian untuk menjadi seni persembahan yang mudah difahami penonton.

(Foto: Persembahan tarian dan nyanyian oleh penduduk kampung)

Suasana kampung yang nyaman, persekitaran yang hijau, membuat anak kota tidak ingin pulang. Tapi apakan daya, kalau namanya pengunjung, saat kunjungan berakhir mestilah mengorak langkah untuk pulang. Tapi sebelum itu, bersiar-siar dulu sampai puas!

(Foto: Bermain rakit di Sungai Nanyang)

(Foto: Berfoto dulu sebelum menyeberang sungai dengan jambatan buluh)

(Foto: Jom beli hasil keluaran kampung Manzhang untuk dibawa pulang)

(Foto: Wanita etnik Dai gembira bertemu pengunjung)

(Foto: Jamu selera dengan hidangan tempatan yang istimewa)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China