Cari:
Keunikan Small Wild Goose Pagoda di Xi'an
2017-08-31 09:50:15 CRI Cetak

Pagoda Angsa Liar Kecil atau dikenali sebagai Small Wild Goose Pagoda ialah salah satu daripada dua pagoda yang terletak di bahagian utara bandar Xi'an. Bangunannya yang unik seperti piramid dan kuno amat menakjubkan dan memikat hati sesiapa yang memandangnya.

Bangunan yang lama ini berwarna coklat dan serasi dengan kawasan persekitaran yang nyaman dan hijau. Kemungkinan bagi sesetengah orang, bangunan ini tiada bezanya dengan bangunan lama yang terdapat di kota Xi'an tetapi sejarah mengenai pagoda ini mampu menarik perhatian pelancong asing untuk mengetahui latar belakangnya.

Pagoda ini dibina pada 770 pada zaman Dinasti Tang di bawah kepimpinan Maharaja Zhongzong. Ketinggian pagoda tersebut ialah 45 meter, tetapi disebabkan dengan berlakunya gempa bumi, bahagian atas bangunan telah mengalami kerosakkan dan kini ketinggian ialah 43 meter. Disebabkan kerosakan di bahagian atas, kini ia ada 13 tingkat. Sebelum berlakunya gempa bumi, pagoda tersebut mempunyai 15 tingkat.

Small Wild Goose Pagoda memiliki tembok bata yang dibangun dengan bahagian dalam diperbuat daripada kayu. Di dalam pagoda ini terdapat tangga yang boleh menaiki ke pagoda tetapi kini ditutup untuk penambahbaikkan.

Walaupun pagoda ini tidak besar seperti Big Wild Goose Pagoda, tetapi pagoda kecil ini lebih aman serta tenang bila dipandang. Penemuan pagoda ini adalah penting kerana ia menunjukkan ajaran Buddhism yang pertama kali disebarkan di China dan pengaruh kebudayaan dan kesenian diintegrasikan oleh masyarakat Han.

Small Wild Goose Pagoda dulu dikenali dengan nama Jianfu Temple Pagoda, dan pada zaman Yonghui iaitu (650-655), dibawah maharaja Gaozong, pagoda tersebut di bina di Da' Cien kuil untuk menyimpan teks teks Buddhist dari India untuk diterjemahkan.

Akan tetapi pagoda tersebut dimusnahkan 100 hari selepas kemangkatan Maharaja Gaozong. Maharaja Zhongzong menyumbangkan tempat kediamannya untuk membina pagoda yang baru.

Begitu banyak sejarah dan keunikan mengenai pagoda yang telah berkurun lamanya. Ia masih tersergam indah dan kaya dengan kebudayaan dan kesenian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China