Cari:
Lukisan Tahun Baru
2008-11-21 19:28:02 CRI Cetak

Bermula di zaman Dinasti Song, tema cetakan lukisan tahun baru dikembangkan daripada memuja alam dan dewa kepada mendoakan keharmonian dan kebahagiaan, dan selanjutnya isi cerita opera tradisional dan adat istiadat, dan menyatakan perasaan dan cita-cita kaum tani. Cetakan blok kayu tahun baru juga mempunyai satu keistimewaan, biasanya maksud karya tersebut harus difahami dengan bahasa, iaitu homofoni dalam bahasa Mandarin. Misalnya melukiskan kelawar, kerana kelawar dalam bahasa Mandarin lafalnya "Bian Fu", dan "Fu" itu lafaznya sama dengan lafaz "bahagia" dalam bahasa Mandarin, maka karya itu mempunyai erti bahagia. Dari segi ekspresi, cetakan lukisan tahun baru mewarisi cara melukis rakyat China dan menggabungkan cara tradisional atau menimba teknik melukis seniman atau corak Barat.

Dari penghujung Dinasti Ming sehingga Dinasti Qing, cetakan lukisan tahun baru menjadi semakin popular dan digemari oleh orang ramai. Warnanya terang dan temanya beragam-ragam. Pada masa itu, di China terdapat beberapa pusat pengeluaran cetakan blok kayu lukisan tahun baru, antaranya yang paling terkenal ialah Yangliuqing di Tianjin, Taohuawu di Suzhou, Yangjiabu di Weifang, Shandong dan Mianzhu di Sichuan. Hingga penghujung pemerintahan Dinasti Qing, seni lukis itu mengalami kemerosotan akibat kemasukan teknik cetak batu dari Barat.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China