Cari:
Yueqin
2008-12-22 16:55:31 CRI Cetak

Yueqin merupakan sejenis alat muzik yang sangat popular dalam kalangan bangsa Han dan pelbagai etnik minoriti yang tinggal di bahagian barat daya China, antaranya termasuklah etnik Yi, Miao dan Dong Bai. Yueqin berasal daripada Ruan, sejenis alat muzik bertali etnik Han. Sejak zaman Dinasti Tang, iaitu pada lebih 1000 tahun yang lalu, nama Yueqin mula digunakan khusus untuk alat muzik yang kita lihat kini.

Pada zaman Dinasti Tang, bentuk Yueqin telah berubah dan berbeza daripada Ruan. Teknik memainkan Yueqin lebih mudah dipelajari, oleh sebab itu, Yueqin menjadi lebih popular daripada Ruan di seluruh negara China.

YueQin berkait rapat dengan pelbagai opera tempatan China. Alat muzik tersebut sering digunakan untuk mengiringi opera etnik Bai, Qingyin Provinsi Sichuan. Yueqin juga merupakan salah asejenis daripada 3 jenis alat muzik yang paling penting dalam orkes Opera Beijing. Muzik yang saudara dengar tadi digubah daripada senandung opera tempatan China. 

Yueqin yang digunakan oleh para pemuzik China sekarang sebenarnya telah beberapa kali dibaiki. Muzik dimainkan dengan Yueqin jenis ini lebih merdu berbanding Yueqin tradisional China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China