Cari:
Erhu
2009-05-04 11:21:14 CRI Cetak

Erhu

Erhu, yang mula-mula mucul pada zaman Dinasti Tang, iaitu abad ke-7 hingga ke-10 Masihi ini, sangat popular dalam masyarakat etnik minoriti di bahagian barat laut China. Ia selalu dimainkan untuk mengiringi lagu.

Struktur Erhu amat ringkas. Pemegang panjangnya kira-kira 80 setimeter, dan dipasang dengan dua utas tali. Kotak resonansnya berbentuk cawan teh. Tali penggeseknya diperbuat daripada bulu ekor kuda. Disebabkan bunyi yang dikeluarkannya mirip suara orang, ia digelar "biola gaya China". Ia sesuai dimainkan untuk meluahkan perasaan sayu dan pilu.

Melalui evolusinya dalam puluhan tahun, kini, alat muzik ini dimainkan baik untuk persembahan solo atau berkumpulan, mahupun mengiringi muzik bercorak rap.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China