Cari:
Bianzhong Zenghouyi
2009-09-21 14:52:19 CRI Cetak

Bianzhong Zenghouyi

Pada zaman purba, Bianzhong yang khusus yang dimainkan oleh golongan atasan menjadi simbol kuasa dan pangkat. Dari permakaman diraja dan bangsawan yang ditemui di Provinsi Yunnan, Shanxi dan Hubei, banyak Bianzhong yang telah digali keluar. Antaranya yang paling berharga ialah Bianzhong Zenghouyi yang ditemui di makam Ji Yi, raja negeri Zeng yang meninggal dunia pada tahun 433 sebelum Masihi. Reka bentuknya sangat halus. Pada permukaannya diukir inskripsi berhubung dengan muzik klasik China, serta banyak istilah muzik. Hal ini membuktikan betapa majunya seni muzik China pada zaman purba.

Bianzhong Zenghouyi ini merupakan Bianzhong kuno yang paling besar dan paling terpelihara yang ditemui setakat ini. Ia dianggap sebagai satu keajaiban dalam sejarah kebudayaan manusia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China