Cari:
Bawu (2)
2009-12-21 12:57:13 CRI Cetak

Bawu

Tentang asal usul alat muzik Bawu ini, terdapat sebuah cerita yang sangat menarik. Kononnya, pada zaman dahulu kala, di kawasan etnik Hani, ada seorang gadis jelita yang sangat pandai menyanyi. Pada setiap malam, penduduk di kawasan tersebut akan berkumpul di halaman rumah gadis itu untuk mendengar dia menyanyi. Bagaimanapun, pada suatu hari, gadis itu telah diculik oleh hantu dan dipaksa menyanyi untuknya. Gadis itu menolak kehendak hantu tersebut. Oleh itu, lidahnya telah dipotong oleh hantu itu. Kemudian, gadis itu ditinggalkan dalam hutan di kaki gunung di situ. Akibat lidahnya dipotong, gadis itu menjadi bisu. Hal itu telah diketahui oleh seorang dewa, dan dia segera menyelamatkan gadis itu.

Dewa itu memberikan seruling buluh kepada gadis itu. Irama lagu yang merdu pun ke luar daripada seruling buluh itu. Dewa itu menggunakan rid untuk menggantikan lidah gadis itu supaya gadis tersebut boleh terus menyanyi untuk rakyat etnik Hani. Dengan itu, irama lagu yang merdu melalui seruling yang ditiup oleh gadis itu dibawa angin hingga kedengaran ke kampungnya. Penduduk kampung itu pun segera menjejaki irama lagu yang biasa didengar mereka itu hingga ke dalam hutan tersebut, dan ahkirnya mereka bertemu dengan gadis itu.

Selepas itu, gadis itu dapat menyanyi semula dengan "lidah buluh" tersebut untuk penduduk kampungnya. "Lidah buluh" yang disebut dalam kisah tersebut ialah alat muzik yang kini dikenali sebagai Bawu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China