Cari:
Bilie
2010-08-23 11:53:18 CRI Cetak

Bilie

Bilie, atau juga dikenali sebagai "Bolie" ini, ialah sejenis alat muzik tiupan yang amat disukai oleh masyarakat etnik Zhuang yang tinggal di bahagian selatan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, bahagian barat daya China. Bentuknya mirip Suona, iaitu sejenis alat muzik tiupan klasik China yang berasal dari kawasan Parsi dan Arab pada zaman silam.

 

Penduduk etnik Zhuang ini kelihatan sedang memainkan alat muzik Bilie.

Struktur Bilie sangat ringkas. Pada bahagian atasnya dipasang satu mulut tempat meniup yang diperbuat daripada kokun ulat sutera atau kayu mulberi atau mensiang, manakala pada bahagian badannya ditebuk tujuh lubang untuk mengeluarkan bunyi. Pada bahagian bawahnya pula dipasang sebuah trompet untuk membesarkan dan memerdukan bunyinya.

Alat muzik ini sesuai dimainkan untuk meluahkan perasaan sayu dan pilu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China