Cari:
Lagu Rakyat Nyanyian Wang Hongwei
2010-10-06 13:59:40 CRI Cetak

Pada penghujung tahun 2008, biduan China yang terkenal, Wang Hongwei telah membuat konsert solo yang bertema "Konsert Berwarna Emas" di Golden Hall Vienna. Persembahan beliau yang melibatkan lagu rakyat kawasan barat China dan beberapa buah lagu popular yang lain, telah mendapat sambutan baik daripada para pendengar. Dalam rancangan kali ini, saya akan menyiarkan beberapa buah lagu yang dinyanyikan oleh Wang Hongwei dalan konsert itu.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati lagu "Di Tempat yang Jauh", lagu rakyat kawasan barat China yang diketahui oleh setiap warga China. Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Di sebuah tempat yang begitu jauh, tinggal seorang gadis yang cantik. Siapa sahaja yang lalu di pinggir rumahnya, tentu akan menoleh untuk melihatnya. Pipinya merah dan matanya cantik umpama bulan yang bersinar. "

Wang Hongwei dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Beliau pernah dibimbing pemuzik China yang terkenal ketika belajar di Institut Kesenian Tentera Pembebasan Rakyat China. Selepas tamat dari institut itu, beliau meneruskan pembelajaran hingga memperoleh ijazah sarjana dalam bidang vokal muzik. Suaranya amat mantap dan beliau pandai menyanyikan lagu rakyat yang bermacam-ragam, baik yang gembira atau sedih, yang kuat rentaknya atau pun perlahan-lahan.

Sekarang saya akan menghidangkan lagu rakyat Gansu yang berjudul "Merantau ke Sichuan". Lagu ini menceritakan rasa rindu terhadap kampung halaman. Persembahan Wang Hongwei amat mengharukan para pendengar warga Austria walaupun mereka tidak memahami lirik lagu ini. Silalah nikmati lagu "Merantau ke Sichuan".

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Alamuhan". Lagu ini lagu rakyat Uygur dan amat popular di China. Lagu ini disadur oleh pemuzik China yang terkenal, Wang Luobin. Dengan iramanya yang rancak, lagu ini memuji-muji kecantikan gadis yang bernama Alamuhan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Bagaimana rupa Alamuhan? Badannya tidak gemuk dan tidak kurus. Dahinya bagai bulan sabit, pinggangnya ramping, mulut dan matanya juga amat menarik."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China