Cari:
• Lapik Kasut
Berdasarkan tradisi China, perhiasan yang disulam pada pakaian, topi dan kasut, selalunya mengandungi makna sebagai membawa tuah. Lapik kasut dalam gambar ini adalah hasil kraf tangan seorang ibu mentua untuk menantu perempuannya yang baru.
• Wayang Kulit
Persembahan wayang kulit di Provinsi Shaanxi, barat laut China masih mengekalkan cara bercerita yang hidup dan menarik yang amat popular di kalangan rakyat. Wayang kulit ini merupakan asal-usul pelbagai opera tempatan Shaanxi pada zaman moden.
• Layang-layang
Layang-layang, mainan kalangan rakyat China, bukan sahaja merupakan sejenis kraf tangan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, malah merupakan sejenis alat olahraga.
• Mainan Kain Berupa Harimau
Mainan kain berupa harimau, sejenis mainan yang sangat popular di kalangan rakyat China. Orang China berpendapat bahawa harimau merupakan lambang yang dapat mencegah berlakunya kemalangan dan melindungi harta benda.
• Kain Belacu Biru Nila
Kain belacu biru nila yang dibuat daripada kain kapas buatan tangan sangat popular di kawasan selatan Sungai Yangtze China.Warna kain tersebut telus dan jelas, tidak menjejaskan kulit dan kekal.
• Lukisan Tahun Baru
Tahun Baru China merupakan perayaan tradisional yang disambut paling meriah oleh orang China. Lukisan tahun baru juga dikenali sebagai cetakan blok kayu untuk sambutan tahun baru di China.
• Seni Guntingan Kertas
Guntingan kertas merupakan salah satu seni tradisional yang paling popular di China. Sebelum ketibaan perayaan Tahun Baru China, guntingan kertas merupakan sejenis kraf tangan yang sangat popular untuk kegunaan dalam penghiasan rumah.
prev 1 2 3 4 5
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China