Cari:
Pemandangan Laut yang Menawan Hati
2008-12-10 17:32:38 CRI Cetak
China merupakan sebuah negara yang berbilang etnik. Antaranya etnik Gin yang bilangan penduduknya lebih daripada 20,000 orang yang tinggal di bandar Dongxing, selatan Guangxi. Sekarang saya akan membawa saudara berkunjung ke Dongxing untuk menghayati kebudayaan etnik Gin yang istimewa itu.

Penduduk etnik Gin mempunyai sejenis alat muzik yang unik iaitu "Duxian Qin". Alat muzik ini terkenal kerana hanya ada satu tali.

Bandar Dongxing bersempadan dengan Vietnam di sebelah barat dan selatan bandar ini. Penduduk etnik Gin yang menetap di sini sejak turun-temurun masih tetap mewarisi cara hidup nelayan yang berkongsi hasil tangkapan mereka.

Selain Tahun Baru China, Pesta Ketupat dan Pesta Kuih Bulan, penduduk etnik Gin juga merayakan Pesta Menyanyi, iaitu perayaan yang paling meriah bagi etnik Gin. Pesta ini jatuh pada 10 hb. bulan enam menurut kalender Cina.

Pemandu pelancong tempatan, Cik Yang menjelaskan:

"Pada Pesta Menyanyi, penduduk etnik Gin menyanyi untuk menyampaikan perasaan penghormatan mereka kepada dewa laut."

Penduduk etnik Gin memakai pakaian yang berwarna-warni, berkumpul di Hating, tempat sejauh 15 kilometer dari pusat bandar Dongxing, menyanyi sambil menari secara beramai-ramai.

Dengan diiringi lagu yang menceritakan keindahan pemandangan tempatan, mari kita meneruskan perjalanan kita ke arah timur sehingga sampai ke bandar Qinzhou. Pemandangan di Teluk Sanniang di bandar ini cukup mengkhayatkan, dengan air laut yang bersih, pasir pantai yang halus, batu-batu yang beraneka bentuk serta dolfin putih China yang bermain-main di dalam laut, semuanya seolah-olah membentangkan lukisan yang amat indah di hadapan mata kita.

Dolfin merupakan sejenis binatang yang sangat disukai oleh manusia kerana binatang ini cerdik dan mudah mesra dengan manusia. Teluk Sanniang merupakan tempat yang paling baik untuk menyaksikan dolfin. Itulah sebabnya tempat ini mendapat jolokan "kampung dolfin putih China". Bahagian belakang binatang ini berwarna putih susu, manakala bahagian perut dan ekornya pula berwarna kemerah-merahan. Dolfin putih ini juga merupakan salah satu jenis binatang perlindungan kelas A di China.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Taman Hutan Negara Nanling

• Kampung Huangxi di Guangdong
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China