Cari:
Hangzhou, Syurga di Bumi
2010-12-30 10:43:57 CRI Cetak

Hari ini, kami telah memulakan lawatan ke dua bandar di antara 10 bandar pelancongan paling popular bagi tahun 2010 yang dipilih oleh pelayar CRI Online.

Saya yang dilahir dan dibesarkan di Malaysia dengan cuaca panas lembap sepanjang tahun berasa sangat teruja hendak menikmati musim sejuk di China. Semoga dapat melihat salji dalam lawatan kali ini.

Ini merupakan kali kedua lawatan saya ke China, di mana kali pertama saya telah melawat bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di selatan China yang cuacanya lebih kurang sama dengan Malaysia.

Bandar pertama yang kami lawati kali ini ialah Hangzhou, sebuah bandar yang terkenal dengan Tasik Barat dan teh Longjing di tenggara China.

Destinasi pertama kami di Hangzhou adalah Tasik Barat. Dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Hangzhou ke Tasik Barat, saya tertarik dengan kebun-kebun dan rumah-rumah di kedua-dua belah lebuh raya. Kami diberitahu oleh pemandu pelancong bahawa ini merupakan kawasan pertanian yang paling moden dan kaya di China. Ini dapat dibuktikan dengan rumah-rumah pekebun yang didirikan secara teratur. Rumah-rumah yang bertingkat ini didirikan dengan kombinasi reka bentuk budaya China dan Barat. Ia bukan sahaja menjadi satu keunikan Hangzhou, malah negara China.

Sebagai seorang warganegara Malaysia, tanggapan saya terhadap kawasan pertanian di China adalah satu kawasan yang amat mundur, tetapi saya terkejut apabila melihat kawasan pertanian di Hangzhou yang begitu moden dan mewah.

Sesampai di Tasik Barat, saya mendapati bahawa tasik ini cukup luas dan airnya sangat jernih. Disekitar tasik ini pula, bangunan kuna dipelihara dengan baik dan dijalankan perniagaan tanpa mengubah wajah tradisinya. Walaupun terdapat ramai pengunjung melawat tasik ini setiap hari, kebersihan persekitarannya masih dapat dijaga dengan baik. Ini membuktikan bahawa pihak berkuasa Hangzhou amat prihatin terhadap persekitaran alam semula jadi. Pokok-pokok yang ditanam secara teratur dan bilangannya yang banyak mengukuhkan lagi bukti usaha pihak berkuasa.

Satu lagi usaha pihak berkuasa Hangzhou yang mengagumkan saya adalah kemudahan menyewa basikal kepada orang ramai dengan kadar yang amat murah sekali dan stesen basikal yang banyak memudahkan orang menyewa dan memulangkannya tanpa perlu balik ke tempat penyewaan asal. Kami diberitahu bahawa usaha pihak berkuasa ini adalah untuk mengurang penggunaan kenderaan berenjin yang merupakan salah satu punca pemanasan global.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China