Cari:
Kenangan Manis di Hangzhou
2010-12-31 15:16:44 CRI Cetak

Pemenang-pemenang kuiz melawat ke Kuil Lingyin.

Lawatan di Hangzhou bagi hari kedua ini lebih menarik lagi. Apabila bersiar-siar di tepi Tasik Barat, kami terjumpa sebuah bangunan kuno yang menampakkan ciri-ciri seni bina tradisional China. Dengan kebenaran tuan rumah, kami telah dibawa melawat bangunan itu. Bangunan tiga tingkat yang diberi nama 'Pu Ti Jing She' ini merupakan sebuah tempat ibadat penganut agama Buddha sebelum ia dijadikan sebagai sebuah restoran untuk tetamu kehormat. Bangunan yang berusia hampir seratus tahun ini diselenggara dengan baik sekali. Walaupun sudah diubahsuai, tapi ia mengekalkan sepenuhnya rupa bangunan tradisional China yang tidak dapat dilihat di Malaysia. Ini telah memenuhi hasrat saya untuk melawat bangunan kuno China.

Selepas itu, kami telah dibawa ke Jalan Hefang yang lebih kurang sama dengan Jalan Petaling di Kuala Lumpur untuk membeli cenderamata. Tetapi, suasana di sini lain sedikit dengan Jalan Petaling kerana kedai-kedai di sini masih dikekalkan seni bina bangunan tradisional China.

Satu lagi destinasi yang dinanti-nantikan oleh saya adalah kuil Ling Yin yang bersejarah lebih 1000 tahun. Kemegahan bangunan-bangunan di dalam kuil ini amat mengagumkan saya. Patung-patung dewa yang setinggi lebih kurang 20 kaki kelihatan gagah dan anggun.

Jumlah patung dewa di dalam kuil ini pula menjangkau beratus-ratus bilangannya. Ini merupakan kuil yang mempunyai terbanyak patung dewa yang pernah saya kunjungi. Begitu juga dengan perasaan saya ketika mengunjungi kuil ini, ia lain daripada yang lain sehingga tidak dapat saya hendak menyifatkannya melalui penulisan atau percakapan. Pendek kata, hati saya berasa tenang sekali ketika berada di sana.

Pada sebelah malam pula, kami dibawa untuk menyaksikan persembahan "Impressions of the West Lake" yang diadakan di permukaan air. Persembahan ini diarahkan oleh Zhang Yimou, seorang pengarah filem yang tersohor di China. Persembahan ini sungguh menarik. Daripada pemilihan cerita, lagu, tempat dan cara persembahan hingga penggunaan warna cahaya lampu merupakan satu kombinasi yang sempurna. Selepas menonton persembahan ini, banyak idea telah timbul di dalam kepala saya apabila hendak mempersembahkan sesuatu kelak.

Kini, saya berhajat pula untuk datang semula ke Hangzhou kerana banyak lagi destinasi yang tidak sempat saya kunjungi buat kali ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China