Cari:
Kuiz Pengetahuan Sempena Ulang Tahun Ke-70 CRI (4): Sahabat yang Tidak Pernah Berjumpa
2011-06-10 13:53:25 CRI Cetak

Radio Antarabangsa China (CRI) mempunyai ramai pendengar setia di seluruh dunia. Mereka sentiasa mendengar siaran CRI, menumpukan perhatian terhadap perubahan dan perkembangan negara China. Mereka mengenali suara setiap penyiar dan mengikuti siaran mereka tiap-tiap hari.

Puan Chen Lianying ialah penyiar veteran siaran bahasa Swahili CRI. Dalam tempoh 40 tahun lalu, beliau bersama-sama rakan sekerjanya membuat rancangan untuk pendengar di Afrika. Manakala pendengar di Kenya, Tanzania dan beberapa negara lain juga sentiasa mengikuti siaran itu. Mereka memberikan nama "Mama Chen" kepada Puan Chen Lianying.

"Suatu kali saya mengunjungi badan PBB di Kenya, saya terdengar ada orang yang berbual-bual dalam bahasa Swahili. Maka saya bercakap dengan mereka dalam bahasa Swahili. Mereka segera mengenali suara saya dan bertanya apakah saya dari CRI. Ramai pendengar mengenali suara saya dan panggil saya Mama Chen." Kata Puan Chen Lianying.

Di ruang pameran kompleks CRI, setiap siaran mempunyai sebuah almari untuk mempamerkan cenderamata, hadiah dan gambar yang dihadiahkan oleh pendengar.

Dalam almari pameran siaran bahasa Vietnam, terdapat sehelai bendera merah yang amat menarik perhatian orang. Ketua bahagian bahasa Vietnam, Puan Wu Zhaoying menceritakan asal usul bendera itu.

"Sempena ulang tahun ke-45 siaran bahasa Vietnam pada tahun 1995, seorang pendengar kami dari bandar Ho Chi Minh, Pham Thi Minh Trang membuatkan bendera ini untuk kami. Beliau menyulam logo CRI dan perkataan yang bermaksud harapan baik untuk kami. Kami amat menghargai jasa baik pendengar ini kerana sokongan mereka merupakan pendorong bagi kami dan kami akan menghidangkan siaran yang lebih baik untuk para pendengar." Kata Puan Wu.

Puan Wu juga menceritakan, ada seorang pendengar Vietnam, Pham Thi Ngoc mengait 10 helai baju panas dan skalf untuk staf-staf bahagian bahasa Vietnam. Oleh sebab beliau mengetahui bahawa cuaca di Beijing amat dingin pada musim sejuk, maka beliau mengait baju panas dan skalf itu supaya penyiar-penyiar CRI boleh menjaga kesihatan dan membuat rancangan yang baik untuk para pendengar.

Puan Wu mengatakan, setiap musim sejuk, staf-staf di bahagian bahasa Vietnam akan teringat perihal ini dan berasa terharu.

Kelab pendengar CRI pertama, iaitu "Persatuan Pendengar Radio Peking" didirikan di Jepun pada 1961. Kelab-kelab yang didirikan oleh pendengar itu mendengar siaran CRI untuk mengenali negara China serta menjalankan aktiviti pertukaran kebudayaan dengan rakyat China. Pada masa ini, pendengar CRI telah mendirikan 3165 buah kelab seumpama itu di seluruh dunia.

Di kompleks CRI, terdapat sebuah taman pokok sakura yang luasnya kira-kira 200 meter persegi. Pada musim bunga, bunga sakura berkembang cantik dan menarik ramai orang bergambar di sini.

Ketua bahagian siaran bahasa Jepun, Puan Fu Ying berkata, pokok-pokok itu dihadiahkan oleh kelab pendengar Nagano Jepun pada 1996. Sejak itu, ada pendengar dari Jepun berkunjung ke CRI dan menyaksikan bunga sakura yang berkembang setiap tahun.

Melalui siaran CRI, para pendengar boleh mengetahui perubahan dan perkembangan negara China. Di samping itu, persahabatan antara rakyat China dengan negara luar turut dipertingkat.

Sewaktu Beijing memohon untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2008 pada tahun 2001, seramai 50,000 orang pendengar CRI di Sri Lanka menandatangani nama mereka pada skrol untuk menyokong bandar Beijing. Ketika bencana gempa bumi dahsyat melanda Sichuan pada tahun 2008, pendengar dari India masing-masing mengirim emel kepada CRI untuk menyampaikan rasa simpati. Malahan ada pendengar yang mendermakan wang dan meminta CRI menyerahkan sumbangan derma itu kepada mangsa-mangsa di Sichuan.

Kini, CRI bukan sahaja menyediakan siaran radio, bahkan juga membuka laman sesawang dalam 61 bahasa. Dengan bantuan pengguna internet seluruh dunia, pusat penyiaran bahasa Inggeris CRI telah menjayakan satu "misi yang mustahil" pada tahun 2010.

Pada 12 tahun yang lalu, seorang penduduk Beijing, Encik Wang Weiguo membeli beberapa bingkai di pasar barang terpakai. Beliau mengesan bahawa gambar-gambar dalam bingkai itu seorang wanita asing. Ada gambar wanita itu pada waktu kecil dan ada gambarnya pada majlis konvokesyen. Encik Wang hendak memulangkan gambar-gambar itu kepada pemiliknya. Maka beliau menghubungi staf pusat penyiaran bahasa Inggeris CRI, dan memaklumkan hasrat beliau itu. Encik Wang Wei di pusat berkenaan telah membuat video dengan judul "Siapa dia?", dan menyiarkan video melalui laman sesawang CRI dan mikroblog.

Tiga bulan kemudian, seorang pengguna internet meninggalkan komen bahawa gambar itu ialah seorang aktres Norway dengan anaknya. Aktres itu telah meninggal. Ada pengguna internet menghubungi pihak media Norway dan meminta mereka mencari pemilik gambar itu. Akhirnya Joanna Syson, pemilik gambar itu menghubungi CRI dan berkata, beliau akan datang ke China. Pada waktu itu, Encik Wang Weiguo boleh memulangkan gambar-gambar itu kepada Joanna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China