Cari:
Menara Dayanta dan Menara Xiaoyanta di Xi'an
2012-09-14 15:38:35 CRI Cetak

Menara Dayanta merupakan salah satu tanda mercu bandar Xi'an. Menara itu dibina pada tahun ketiga pemerintahan Maharaja Yonghui dalam zaman Dinasti Tang, iaitu tahun 652 Masihi.Menara ini tujuh tingkat, tingginya kira-kira 64.5 meter. Ia dibina untuk menyimpan semua kitab-kitab agama Buddha yang dibawa balik oleh sami tersohor China, Xuan Zang dari India.

Agama Buddha yang berasal dari India diperkenalkan ke China kira-kira pada abad pertama Masihi. Sampai abad ke-7 iaitu pada zaman Dinasti Tang, agama Buddha dah tersebar dengan pesat. Pada awal dinasti itu, pihak pemerintah menyanjung tinggi agama Buddha, jadi agama Buddha dapat berkembang dengan cepat sekali.

Menara Xiaoyanta, menara itik liar kecil dibina pada tahun 707 Masihi, waktu itu zaman dinasti Tang juga. Menara Xiaoyanta pula tiga belas tingkat, tingginya 43.4 meter.

Menurut catatan, menara ini pernah retak akibat gempa bumi pada tahun 1487. Menara itu seolah-olah terbelah dua, retakannya dari pangkal menara sampailah ke puncak. Tapi yang ajaibnya, setelah 34 tahun, iaitu tahun 1521, selepas menara ini dilanda gempa bumi sekali lagi, retakan itu rapat semula.

Asas menara ini bentuknya separuh bulatan. Jadi, ia macam never-fall doll. Tidak akan mudah runtuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China