Cari:
Warung Teh Laoshe Beijing
2013-09-10 11:54:08 CRI Cetak

Sekiranya saudara melancong di Beijing, anda mesti pergi ke sebuah warung teh yang istimewa untuk menghayat satu lagi tradisi penduduk Beijing, iaitu menikmati teh dan kuih-kuih yang penuh bercirikan China serta menonton lakonan balada rakyat di Beijing.

Warung teh merupakan tempat bersosial yang penting bagi penduduk Beijing pada zaman dahulu. Di samping itu, warung teh juga merupakan tempat bersantai bagi generasi dahulu. Mereka suka minum teh, di samping menikmati kehidupan yang selesa. Budaya warung teh yang berwarna-warni telah dicerminkan dalam Warung Teh Laoshe dengan sepenuhnya.

Laoshe ialah penulis dan dramatis yang terkenal di China pada zaman moden. Beliau dilahirkan di Beijing dan mempunyai pandangan yang luas tentang budaya tradisional di Beijing. Karya beliau "Warugn Teh" mencerminkan adat resam penduduk awam Beijing sebenar-benarnya dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penduduk China bagi beberapa generasi. Jadi warung teh tersebut mengambil nama penulis terkenal itu kerana warung teh itu ingin menyediakan satu tempat bagi rakyat biasa menikmati budaya tradisional Beijing. Warung teh itu terletak di Qianmen, kawasan pusat Beijing. Ia juga digelar "Muzium Adat Beijing Lama".

Warung Teh Laoshe mula ditubuhkan pada secara rasmi tahun 1988 dan Qianmen, pusat Beijing dipilih sebagai tempat urusniaganya. Pengurus warung itu ingin pengunjungnya menikmati lakonan balada atau opera Beijing yang merupakan warisan budaya China yang unggul. 

Warung teh juga telah menyediakan satu platform bagi para seniman, dan kebanyakan seniman menjadi terkenal melalui platform tersebut.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China