Cari:
Soal Selidik
2015-08-20 14:54:24 CRI Cetak

Tahun 2015 ialah ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Untuk mengetahui perhatian pengamal Radio Antarabangsa China (CRI) tentang topik ini, CRI mengadakan soal selidik secara dalam talian ini. Anda dialu-alukan mengikutinya.

I. Soalan Asas (kecuali soalan 1 dan 2, soalan-soalan yang lain boleh diberi lebih daripada dua pilihan)

1. Umur anda:

A.35 tahun ke bawah

B.35-50 tahun

C.50 tahun ke atas

2. Latar belakang pendidikan anda:

A.sekolah menengah atas dan ke bawah

B.sarjana muda

C.sarjana

D.doktor

3. Adakah anda tahu negara-negara berikut mana yang juga mengadakan aktiviti sambutan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia pada tahun ini?

A.Perancis

B.Amerika Syarikat

C.Britain

D.Rusia

E.Lain-lain ___________________

F.Tidak tahu

4. Apakah pendapat anda mengenai makna aktiviti memperingati kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia?

A.Ingat akan sejarah, memberi pengajaran kepada generasi akan datang.

B.Menghalang kebangkitan semula militarisme.

C.Memelihara hasil kemenangan Perang Dunia II.

D.Meraikan kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.

E.Lain-lain ___________________

F.Tidak tahu.

5. Adakah anda mengetahui Perisytiharan Potsdam ?

A.Pada 26 Julai 1945, China, Amerika Syarikat dan Britain mengeluarkan Perisytiharan Potsdam di Potsdam, barat daya Berlin, Jerman untuk menggesa Jepun menyerah kalah.

B.Perisytiharan Potsdam ialah bukti penting untuk menentukan sifat perang pencerobohan yang dilancarkan oleh Jepun.

C.Perisytiharan Potsdam ialah peringatan pengorbanan manusia semasa Perang Dunia II, dan juga tugu abadi keadilan mengalahkan kejahatan.

D.Lain-lain ___________________

E.Tidak tahu.

6. Apakah sikap Jepun dan Jerman terhadap perang pasca perang dunia?

A.Jepun menziarahi Yasukuni Jinja, membersihkan jenayah penjenayah perang.

B.Jepun enggan mengiktiraf sifat perang adalah pencerobohan.

C.Pada tahun 1970, Canselor Jerman, Willy Brandt melutut di tanah perkuburan Yahudi, Warsaw, Poland, bermubasabah.

D.Pemimpin pelbagai penggal kerajaan Jerman mengakui bahawa Hitler melancarkan perang pencerobohan, dan memohon maaf kepada rakyat dan negara yang diceroboh.

E.Lain-lain ___________________

F.Tidak tahu.

7. Kedudukan dan peranan China dalam Perang Dunia Anti-Fasis Dunia adalah:

A.China adalah penyumbang utama dalam mengalahkan militarisme Jepun.

B.China adalah medan perang utama di Asia, memberikan sokongan kuat kepada medan di Eropah dan Pasifik. China memainkan perannan yang amat penting demi kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.

C.China memberikan sumbangan yang besar untuk pembentukan semula order dunia pasca perang.

D.Lain-lain ___________________

E.Tidak tahu.

8. Pada pandangan anda, apakah faktor berikut yang membawa kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun?

A.Rakyat China bersatu padu untuk melawan penceroboh.

B.Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Jepun.

C.Tentera Kesatuan Soviet dikerahkan ke timur laut China untuk menyokong rakyat China menentang penceroboh Jepun.

D.Kekuatan komprehensif China yang meningkat.

E.Lain-lain ___________________

F.Tidak tahu.

9. "Keamanan dan pembangunan" adalah aspirasi bersama masyarakat antarabangsa. Pada pandangan anda, bagaimana mengelakkan perang pada masa depan?

A.Pelbagai negara mengalihkan tumpuan ke pembangunan ekonomi.

B.Eratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara jiran.

C.Kukuhkan kekuatan pertahanan negara, tingkatkan teknologi maklumat.

D.Maksimumkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyeru keamanan.

E.Bina corak dunia baharu yang damai dan membangun dengan secepat mungkin.

F.Lain-lain ___________________

10.Anda ingin mengetahui laporan tentang ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia melalui platform mana di bawah CRI?

A.Radio

B.Laman web

C.Program video

D.Media sosial

E.Aplikasi terminal mudah alih

F.akhbar dan majalah

G.Lain-lain ___________________

II. Sila berikan pandangan anda mengenai Perang Anti-Fasis Dunia.

1. Apakah pendapat anda mengenai China mengadakan aktiviti memperingati kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia?

2. Apakah kesan pembangunan China kepada negara anda dalam tempoh 70 selepas Perang Dunia II? Apakah pengalaman anda?

3. Apakah usaha yang patut dibuat oleh China dan Jepun untuk pembinaan corak baharu pembangunan Asia bahkan dunia?

Topik-topik lain yang menjadi perhatian anda:________

(Nota: Silakan anda menghantar jawapanmu kepada e-mel kami. Alamat e-mel: mal@cri.com.cn)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China