Cari:
Siaran Langsung (52) Pasukan Keluarga yang Harmoni...lagi>>
2009-10-01 12:54:12 CRI Cetak


Pasukan Keluarga yang Harmoni

Kereta berhias dalam pasukan ini dihiasi dengan satu replika kawasan kediaman yang indah. Wakil-wakil dari keluarga yang harmoni, pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan golongan orang kurang upaya yang mengenakan pakaian yang cantik berada dalam kereta itu dengan senyuman manis terbayang pada wajah mereka.

Konsep "masyarakat harmoni" yang dikemukakan kerajaan pada tahun 2004 berakar umbi dalam kalangan rakyat. Membentuk keluarga dan kawasan kediaman yang harmoni menjadi sasaran pelbagai lapisan masyarakat China.


Pasukan Bersatu Padu

Pasukan ini terdiri daripada penduduk Beijing serta mereka yang pernah melibatkan diri dalam kerja-kerja menyelamat mangsa bencana banjir dan gempa bumi. Ini memperlihatkan semangat rakyat China yang bersatu padu ketika menghadapi malapetaka.


Pasukan Pencinta Tanah Air

Pasukan ini terdiri diripada perantau Cina dari seberang laut dan mereka yang pulang ke tanah air selepas menuntut ilmu di luar negara. Kereta berhias ini dihias dengan lukisan Sungai Yangtze dan Sungai Kuning yang melambangkan asal usul semangat bangsa China dan Tembok Besar yang melambangkan ketabahan rakyat China.


Pasukan Satu Dunia

Pasukan ini terdiri daripada sahabat handai antarabangsa, pakar asing, pelajar asing dan wakil-wakil dari cawangan syarikat asing di Beijing. Replika orbit elips yang mengelilingi bumi berada di atas kereta berhias ini. Rekaan ini memperlihatkan tema utama zaman ini, iaitu "Kedamaian, Pembangunan, Kerjasama".

Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China 30 tahun lalu, China telah menganggotai lebih 100 pertubuhan antarabangsa, menandatangani lebih 300 konvensyen antarabangsa, dan menyertai 22 misi pengaman PBB. Negara ini menjadi anggota penting dalam sistem antarabangsa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China