Cari:
Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan RRC-Myanmar
2010-03-30 11:38:12 CRI Cetak

Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Myanmar

Pada 8 Jun tahun 1950, hubungan diplomatik Republik Rakyat China-Myanmar terjalin secara rasmi. Kedua-dua negara saling menghantar Duta Besar ke pihak yang lain.

Pada tahun 1950-an, China dan Myanmar bersama-sama mempromosikan "Lima Prinsip untuk Hidup Bersama secara Damai".

Pada tahun 1960-an, kedua-dua negara ini menyelesaikan masalah sempadan yang sudah berpanjangan dalam sejarah, melalui perundingan berdasarkan semangat persahabatan, saling memahami dan saling bertolak ansur. Ini menjadi contoh kepada penyelesaian masalah sempadan antara pelbagai negara kemudiannya.

Para pemimpin China dan Myanmar telah melakukanaktiviti lawatan dan lawatan balas secara berterusan. Perdana Menteri China, Zhou Enlai telah melawat Myanmar sebanyak 9 kali, manakala Mantan Presiden Myanmar, U Ne Win pun telah melawat China sebanyak 12 kali. Pada tahun 1960, Perdana Menteri Myanmar pada masa itu, U Nu mengetuai satu delegasi persahabatan yang dianggotai oleh 400 orang budayawan, seniman dan ahli perfoleman melawat China. Pada tahun 1961 pula. Perdana Menteri China pada masa itu, Zhou Enlai, mengetuai delegasi yang dianggotai oleh lebih 530 orang untuk membuat lawatan balas ke Myanmar. Kedua-dua lawatan tersebut telah menjadi peristiwa penting dalam sejarah kerjasama kebudayaan antara kedua-dua negara.

Pada tahun 1971, China dan Myanmar menandatangani perjanjina yang saling memberikan kedudukan negara paling diuntungkan (MFN) kepada pihak yang lain.

Pada tahun 1992, mekanisme perbincangan diplomatik antara kedua-dua pihak terjalin. Setakat ini, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan diplomatik peringkat Naib Menteri Luar sebanyak 9 kali.

Pada tahun 1994, kerajaan China dan Myanmar menandatangani "Memorandum Persefahaman Perdagangan Sempadan".

Pada tahun 1994 dan 1996, warisan sejarah peringkat negara China, iaitutinggalan gigi Buddha di hantar ke Myanmar untuk disembah atas permohonan Myanmar. Penghantaran tinggalan gigi Buddha itu mendapat sambutan yang hangat daripada kerajaan dan rakyat Myanmar.

Pada tahun 1997, kerajaan China dan Myanmar menandatangani "Perjanjian Penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi, Perdagangan dan Teknologi".

Pada bulan Mac 1997, kedua-dua negara menandatangani "Perjanjian Pengurusan dan Kerjasama Kawasan Sempandan China-Myanmar" dan memulakan kerjasama antidadah di kawasan sempadan.

Pada tahun 2000, untuk sempena ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Myanmar, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kedamaian dan Pembangunan Negara Myanmar, Jeneral Maung Aye telah melawat China, dan Naib Presiden China pada masa itu, Hu Jintao telah membuat lawatan balas ke Myanmar. Kedua-duanya telah menandatangani "Kenyataan Bersama China-Myanmar mengenai Dokumen Rangka Kerjasama Dua Hala pada Masa Depan". Kenyataan bersama ini menunjuk arah perkembangan kedua-dua negara pada abad ke-21.

Pada tahun 2001, kerajaan China dan Myanmar menandatangani "Perjanjian Menggalakkan dan Melindungi Pelaburan".

Pada bulan Disember 2001, Presiden China pada masa itu, Jiang Zemin telah melawat Myanmar. Ini merupakan lawatan kali pertama pemimpin tertinggi China ke Myanmar dan menjadi batu tanda dalam sejarah hubungan antara kedua-dua negara. Dalam perundingan dengan pemimpin tertinggi Myanmar pada masa itu, kedua-dua pihak telah menetapkan bidang pertanian, penerokaan sumber tenaga manusia dan alam, serta pembinaan infrastruktur sebagai bidang kerjasama yang diutamakan, dan satu dokumen kerjasama dua hala telah ditandatangani. Lawatan tersebut telah memperkukuh asas perkembangan hubungan kejiranan dan persahabatan China-Myanmar pada abad yang baru.

Pada bulan Januari 2003, Pengerusi Jawatankuasa Kedamaian dan Pembangunan Negara Myanmar, Than Shwe melawat China. Pada bulan Ogos pula, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kedamaian dan Pembangunan Negara Myanmar, Maung Aye juga melawat China.

Pada bulan November 2004, Perdana Menteri Myanmar, Soe Win telah mengetuai rombongan Myanmar untuk menyertai Ekspo China-ASEAN pertama yang diadakan di bandar Nanning, China.

Pada 24 April 2004, Naib Perdana Menteri China pada masa itu, Wu Yi melawat Myanmar. Dalam lawatan itu, pemimpin Chian dan Myanmar telah menandatangani "Memorandum Persefahaman Kerajaan China-Myanmar tentang Galakan Kerjasama Perdagangan, Pelaburan dan Ekonomi".

Tahun 2005 merupakan ulang tahun ke-55 terjalinnya hubungan diplomatik China-Myanmar. Pada bulan April tahun itu, Presiden Hu Jintao dan Pengerusi Jawatankuasa Kedamaian dan Pembangunan Negara Myanmar, Than Shwe mengadakan perundingan ketika menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Afrika di Jakarta.

Pada bulan Jun 2007, Ketua Sekretariat Pertama Jawatankuasa Kedamaian dan Pembangunan Negara Myanmar, Thein Sein melawat China.

Pada bulan Ogos 2008, Thein Sein, selaku Perdana Menteri Myanmar, menghadiri Upacara Perasmian Sukan Olimpik Beijing. Pada bulan Oktober tahun itu, beliau juga datang ke China untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-5.

Pada tahun 2008, jumlah perdagangan dua hala China-Myanmar mencatat angka2.63 bilion dolar Amerika, meningkat 26.4% berbanding dengan tahun 2007.

Pada bulan Mac 2009, Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Li Changchun dan Ketua Turus Tentera Pembebasan Rakyat China, Chen Bingde berturut-turut melawat Myanmar.

Pada bulan April 2009, Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein menghadiri Sidang Tahunan Forum Asia Bo'ao. Pada bulan Jun 2009 pula, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kedamaian dan Pembangunan Negara Myanmar, Maung Aye melawat China atas undangan Naib Prasiden, Xi Jinping.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China