Cari:
Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan RRC-Singapura
2010-03-30 11:38:12 CRI Cetak

Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Singapura

3 Oktober 1990: Republik Rakyat China dan Singapura menjalin hubungan diplomatik secara rasmi.

Tahun 1991: Presiden Singapura, Wee Kim Wee melawat China.

Tahun 1992: China dan Singapura menandatangani Perjanjian Kerjasama Sains dan Teknologi. Jawatankuasa Bersama Kerjasama Sains dan Teknologi China-Singapura pula ditubuhkan pada tahun 1993.

Tahun 1993: Presiden China, Yang Shangkun melawat Singapura.

Tahun 1993: Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong‎ membuat lawatan pertama ke China. Kemudian, beliau melakukan beberapa lawatan ke China lagi, iaitu pada tahun 1994, 1995, 1997, 2000 dan 2003.

Tahun 1994: Presiden China, Jiang Zemin melawat Singapura.

Tahun 1995: Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Li Ruihuan melawat Singapura.

Tahun 1995: Presiden Singapura, Ong Teng Cheong mengadakan lawatan ke China.

Tahun 1995: Kementerian Luar kedua-dua negara menubuhkan mekanisme rundingan. Sehingga tahun 2009, rundingan telah diadakan sebanyak lima kali. Singapura telah menubuhkan konsulat general di Shanghai, Amoi, Guangzhou dan Hong Kong serta menubuhkan konsulat di Chengdu.

Tahun 1995: Syarikat Teknologi China-Singapura ditubuhkan. Rancangan Penyelidikan Bersama China-Singapura disusun pada tahun 1998, antaranya termasuk 18 buah program penyelidikan.

Tahun 1996: China dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Budaya.

Tahun 1997: Perdana Menteri China, Li Peng melawat Singapura.

Tahun 1999: Perdana Menteri China, Zhu Rongji melawat Singapura.

Oktober 1999: China dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Ekonomi dan Menggalakkan Perdagangan dan Pelaburan untuk mewujudkan mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara. Selain itu, kedua-dua negara turut menandatangani Perjanjian Menggalakkan dan Memelihara Pelaburan, Perjanjian Mengelakkan Pungutan Cukai Berulang Kali dan Mencegah Cubaan Melarikan Diri daripada Membayar Cukai, Perjanjian Pengangkutan Laut, Perjanjian Kerjasama Pos dan Telekomunikasi, dan Perjanjian untuk Menubuhkan Jawatankuasa Penggalakan Pelaburan China dan Singapura.

Tahun 1999: China dan Singapura menandatangani Memorandum Kerjasama dan Pertukaran Program Pendidikan serta beberapa perjanjian mengenai pelajar China yang melanjutkan pelajaran di Singapura, pertukaran lawatan antara mahasiswa kedua-dua negara dan penubuhan Tabung China-Singapura. Setakat tahun 2009, pelajar China yang menuntut di Singapura berjumlah 33 ribu orang, manakala pelajar Singapura di China berjumlah 1,500 orang.

April 2000: Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong melawat China. Kedua-dua negara mengeluarkan Pengumuman Bersama China-Singapura tentang Kerjasama Dua Hala.

Tahun 2001: Presiden Singapura, S.R. Nathan melawat China.

Tahun 2001: Singapura mula menghantar delegasi pegawai peringkat tinggi dan sederhana ke China untuk merancang lawatan pada masa depan.

Tahun 2002: Naib Presiden China, Hu Jintao membuat lawatan ke Singapura. Naib Perdana Menteri, Li Lanqing melawat Singapura.

Mei 2004: China dan Singapura memutuskan untuk menubuhkan Tabung China-Singapura bagi menyokong latihan dan program pertukaran pegawai muda andara kedua-dua negara.

Mei 2005: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Banggu melawat Singapura.

Bulan Oktober Tahun 2005: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melawat China, dan sekali lagi pada tahun 2006.

Tahun 2006: China dan Singapura menandatangani Perjanjian Kerjasama Kebudayaan. Lebih 200 program dalam bidang budaya, seni, perpustakaan dan artifak dilaksanakan oleh kedua-dua pihak pada setiap tahun.

Tahun 2007: Perdana Menteri China, Wen Jiabao melawat Singapura.

Julai 2007: China dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman tentang Mendapatkan Pengalaman Kawalan Zon Singapura untuk Menjalankan Latihan Pembangunan Modal Insan di Kawasan Barat dan Tengah China, Memorandum Persefahaman Kerjasama Kesihatan dan Kuarantin Keluar Masuk; dan, Memorandum Persefahaman tentang Menjalankan Pertukaran dan Kerjasama dalam Bidang Pemantauan Persekitaran Bandar dan Desa serta Penggunaan Sumber Air. Pada bulan November, kedua-dua negara menandatangani Perjanjian Rangka tentang Pembinaan Bandar Ekologi di China serta perjanjian tambahan yang berkaitan.

Tahun 2007: Perdagangan antara kedua-dua negara mencatat jumlah 47.15 bilion dolar Amerika, iaitu bertambah 15.45%, daripada jumlah eksport China ialah 29.63 bilion dolar Amerika, bertambah 27.8%. Jumlah import pula mencatat angka 17.52 dolar Amerika, iaitu menurun 0.8%.

Tahun 2007: Jumlah pelancong warga Singapura ke China meningkat kepada 922 ribu orang, iaitu bertambah 11.4%. Manakala pelancong China ke Singapura pula mencatat jumlah 1.114 juta orang, bertambah 7%.

Ogos 2008: Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing. Presiden Singapura, S.R. Nathan datang ke Beijing untuk menonton pertandingan Sukan Olimpik.

September 2008: Bandar Ekologi Tianjin China dan Singapura mula dibina. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan Menteri Kanan Singapura, Goh Chok Tong bersama-sama menghadiri upacara perasmian projek itu.

September 2008: Niab Perdana Menteri China, Wang Qishan dan rakan sejawatnya dari Singapura, Wong Kan Seng bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat ke-5 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Dua Hala China-Singapura. Menteri Kanan, Goh Chok Tong menyertai Sidang Tahunan "Davos Musim Panas" ke-2 di Tianjin.

Oktober 2008: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyertai Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 di China dan turut membuat lawatan ke China.

Oktober 2008: China dan Singapura menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas China-Singapura yang berkuatkuasa pada 1 Januari tahun 2009.

Januari-Ogos 2008: Jumlah perdagangan antara China dengan Singapura mencatat angka 48.71 bilion dolar Amerika, iaitu bertambah 13.3%. Setakat penghujung bulan Oktober, jumlah pelaburan Singapura di China mencatat angka 37.04 bilion dolar Amerika. Antara projek kerjasama utama antara kedua-dua negara termasuk taman industri Suzhou, taman industri Wuxi, pelabuhan kontena Dalian dan bandar ekologi Tianjin. Selain itu, mekanisme kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Singapura dengan provinsi Shandong, Sichuan, Hubei, Zhejiang, Liaoning, Jiangsu dan bandar Tianjin juga ditubuhkan.

Januari 2009: Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Zhou Tienong melawat Singapura.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China