Cari:
Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan RRC-Laos
2010-03-30 11:38:12 CRI Cetak

Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Laos

15 Disember 1956: siaran bahasa Laos Radio Antarabangsa China, CRI mula disiarkan.

25 April 1961: Republik Rakyat China menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Demokratik Rakyat Laos.

Mac 1976: Ketua Setiausaha Parti Revolusi Rakyat Laos, Kaysone Phomvihan mengadakan lawatan rasmi ke China dan meningkatkan hubungan persahabatan dengan rakyat China.

Jun 1977: Kaysone Phomvihan sekali lagi melawat China untuk meningkatkan hubungan persahabatan kedua-duan negara.

Jun 1988: China dan Laos mengutuskan Duta Besar dan mewujudkan normalisasi hubungan diplomatik. Sempadan kedua-dua negara terbuka semula, delegasi perdagangan kedua-dua pihak mengadakan lawatan, dan hubungan dua hala berkembang dengan pesat.

Oktober 1989: Ketua Setiausaha Parti Revolusi Rakyat Laos yang juga Pengerusi Majlis Menteri, Kaysone Phomvihan melawat China dan menandatangani "Perjanjian Konsul China-Laos", "Persetujuan Budaya China-Laos", "Persetujuan Sementara Bagi Menangani Urusan Sempadan", dan "Persetujuan Saling Memansuh Visa". Tindakan tersebut telah mendorong pembangunan pesat hubungan dua hala.

Disember 1990: Perdana Menteri China, Li Peng melawat Laos.

Januari 1991: Pengerusi Parlimen Rakyat Tertinggi Laos, Nouhak Phoumsavanh melawat China.

Oktober 1991: Perdana Menteri Laos, Khamtay Siphandone melawat China.

Dari 26 April hingga 3 Mei 1992: Presiden Laos yang juga Pengerusi Parti Revolusi Rakyat, Kaysone Phomvihan melawat China.

Dari 3 hingga 7 Disember 1993: Pengerusi Parti Revolusi Rakyat Laos merangkap Perdana Menteri, Khamtay Siphandone melawat China.

7 November 1994: Menteri Komunikasi China, Huang Zhendong melawat Laos. Kedua-dua pihak menandatangani "Persetujuan Pengangkutan Sungai Lancang-Mekong" yang memainkan peranan penting bagi membuka laluan pengangkutan Sungai Lancang-Mekong dan mendorong pembangunan ekonomi China, Laos, Myanmar dan Thailand.

Dari 21 hingga 23 November 1996: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaaan China, Qiao Shi mengadakan lawatan rasmi ke Laos atas undangan Pengerusi Dewan Kebangsaan Laos, Samane Vignaket.

Dari 24 hingga 31 Januari 1999: Perdana Menteri Laos, Sisavath Keobounphanh mengadakan lawatan rasmi ke China. Presiden China, Jiang Zemin dan Perdana Menteri Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaaan China, Li Peng menemuinya secara berasingan.

Dari 11 hingga 13 Disember 2000: Presiden China Jiang Zemin mengadakan rawatan rasmi ke Laos. Ini merupakan pertama kali Presiden China melawat Laos. Menurut statistik, pada tahun 1999, jumlah perdagangan dua hala China-Laos mencapai 32 juta dolar Amerika.

Dari 3 hingga 7 Februari 2002: Perdana Menteri Laos, Bounnhang Vorachith mengadakan lawatan rasmi ke China. Dalam tempoh lawatannya, kerajaan kedua-dua negara menandatangani dokumen 5 perkara, termasuk Perjanjian Penyerahan Balik China-Laos, persetujuan kerjasama ekonomi dan teknologi.

28 November 2004, Perdana Menteri China, Wen Jiabao melawat Laos dan mengadakan rundingan dengan rakam sejawatnya, Bounnhang Vorachith. Selepas rundingan itu, Jiabao dan Vorachith menghadiri upacara menandatangani 5 dokumen, antaranya, persetujuan kerjasama ekonomi dan teknologi antara kerajaan kedua-dua negara.

20 Disember 2005: Ahli Biro Politik Parti Revolusi Rakyat Laos yang juga Pengerusi Dewan Kebangsaan Laos, Samane Vignaket melawat China. Hubungan antara kedua-dua parti dan negara berkembang secara menyeluruh, dan kerjasama persahabatan dalam pelbagai bidang mencapai kejayaan yang besar.

27 Jun 2006: Presiden Laos, Choummaly Sayasone melawat China.

19 November 2006: Presiden China yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao mengadakan lawatan rasmi ke Laos untuk memajukan persahabatan tradisional China-Laos, meningkatkan saling mempercayai politik, memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan, dan merancang masa depan hubungan China-Laos. Beliau bersama Presiden Laos, Choummaly Sayasone menghadiri upacara pembukaan penyiaran stesen penyiaran CRI di Vientiane.

23 Ogos 2007: Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh melawat China.

29 Mac 2008: Perdana Menteri China, Wen Jiabao melawat Laos dan menghadiri Sidang Pemimpin Ke-3 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong yang diadakan di Vientiane pada 30 dan 31 hari bulan.

1 Disember 2008: Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Jia Qinglin melawat Laos.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China