Cari:
Perkara Penting dalam Sejarah Hubungan RRC-Thailand
2010-03-30 11:38:12 CRI Cetak

Perkara Penting Tercatat dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Thailand

1 Julai 1975: Hubungan diplomatik antara Republik Rakyat China dengan Thailand terjalin. Perdana Menteri Zhou Enlai dan rakan sejawatnya dari Thailand, Kukrit Pramoj menandatangani pengumuman berkenaan.

5-11 Nov. 1978: Naib Perdana Menteri Deng Xiaoping melawat Thailand dan bertemu dengan Raja Bhumibol Adulyadej.

29 Okt. 1980: Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Deng Xiaoping dikunjungi Perdana Menteri Thailand, Prem Tinsulanonda di Dewan Besar Rakyat Beijing.

12 Mac. 1985: Presiden China Li Xiannian melawat Thailand. Perjanjian tentang penubuhan suruhanjaya bersama kerjasama ekonomi serta penggalakan pelaburan ditandatangani kedua-dua pihak.

Nov. 1986: Cawangan CRI ditubuhkan di Thailand.

10-14 Nov.1988: Perdana Menteri China Li Peng melawat Thailand.

10-15 Jun 1991: Presiden China Yang Shangkun melawat ke Thailand.

Sep. 1991: Perdana Menteri Thailand, Anand Panyarachun melawat China.

Tahun 1993: Perjanjian Kerjasama Pelancongan China-Thailand ditandatangani.

26 Mei 1993: Beijing menjadi bandar kembar dengan Bangkok.

26 Ogos 1993: Perdana Menteri Thailand, Chuan Leekpai melawat China.

Jan. 1994: Laluan darat pertama yang menyambungkan China dengan Thailand dibuka. Laluan sepanjang 251 kilometer itu adalah dari Daluo, Xishuangbanna di Yunnan ke Maesai di utara Thailand.

28 Nov. 1996: Institut Pengajian Thailand Universiti Peking ditubuhkan. Inilah satu-satunya institusi seumpama itu di China.

3 Apr. 1997: Perdana Menteri Thailand, Chavalit Yongchaiyudh melawat China.

6 Feb. 1999: Kenyataan Bersama China-Thailand mengenai Pelan Kerjasama Abad Ke-21 ditandatangani.

30 Apr. 1999: Perdana Menteri Thailand, Chuan Leekpai menghadiri upacara perasmian Ekspo Hortikultur Dunia Kunming dan mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Jiang Zemin.

2-6 Sep. 1999: Presiden China, Jiang Zemin melawat Thailand.

19-22 Mei 2001: Perdana Menteri China, Zhu Rongji melawat Thailand.

Feb. 2003: Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra melawat China dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Jiang Zemin di Zhongnanhai, Beijing.

Okt. 2003: Presiden China, Hu Jintao melawat Thailand dan mengadap Raja Bhumibol Adulyadej.

1 Okt. 2003: Produk buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperdagangkan antara China dengan Thailand bebas tarif.

Apr. 2004: Lebuh Raya Kunming-Bangkok yang menyambungkan China dan Laos dengan Thailand siap dibina. Lebuh raya sepanjang 1,800 kilometer itu merupakan laluan utama dari China ke Asia Tenggara.

Tahun 2007: Jumlah perdagangan China dan Thailand mencatat sebanyak 34.64 bilion dolar Amerika, meningkat 24.9% berbanding dalam tempoh yang sama.

24-27 Jun 2009: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China