Cari:
Masalah Populasi di Negara-negara ASEAN
2011-10-31 13:24:30 CRI Cetak
Jumlah penduduk dunia mencecah tujuh bilion pada hari ini. Menurut laporan PBB, masalah warga tua, pekerja migrasi dan urbanisasi terlampau timbul kerana peningkatan populasi. Setakat tahun 2009, jumlah penduduk di kawasan ASEAN sudah mencecah lebih 500 juta. Hubungan populasi dengan pembangunan menjadi masalah bersama bagi negara-negara anggota ASEAN, dan juga cabaran dalam pembinaan Komuniti ASEAN.

Peningkatan populasi dan ketidakseimbangan pembangunan ekonomi menjejaskan pembangunan negara-negera ASEAN, kerana kebanyakan negara di kawasan tersebut merupakan negara membangun.

Naib Ketua Jabatan Asia Selatan dan Asia Tenggara, Institut Hubungan Antarabangsa Semasa China, Zhang Xuegang berkata, masalah populasi ASEAN menampakkan ciri-ciri utama dalam tiga aspek.

Pertama, jumlah penduduk ASEAN meningkat dengan pesat. Kedua, taburan penduduk yang tidak seimbang, seperti kebanyakan penduduk tinggal di kawasan pantai. Ini mengakibatkan ketidakseimbangan pembangunan ekonomi antara kawasan pantai dengan kawasan pedalaman. Dan ketiga ialah jumlah perempuan jauh lebih banyak berbanding dengan lelaki. "

Peningkatan populasi turut memberi tekanan kepada sumber alam dan persekitaran ekologi, sekali gus memberikan cabaran kepada pembangunan dan kestabilan negara-negara di kawasan berkenaan. Misalnya, populasi Indonesia sudah mencecah 238 juta. Angka itu merupakan jumlah penduduk yang keempat terbesar di dunia. Selain itu, populasi di negara tersebut meningkat 1.4% purata setahun. Peningkatan jumlah penduduk mendorong pembangunan ekonomi, namun pembangunan ekonomi ketinggalan berbanding dengan peningkatan jumlah populasi. Kerajaan Indonesia menasihatkan penduduknya melahirkan seorang anak sahaja dan mahu meningkatkan umur layak kahwin.

Zhang Xuegang berkata, "Pertumbuhan populasi yang pesat menjadikan struktur umur penduduk ASEAN lebih muda. Ini merupakan unsur yang baik bagi negara-negara ASEAN untuk memenuhi permintaan modal insan. Namun, pertumbuhan tersebut juga memberikan masalah sosial termasuk pekerjaan, rumah, gaji dan pengangkutan kepada negara berkenaan. Selain itu, sumber manusia yang kurang berkualiti turut menjejaskan pembangunan ekonomi di kawasan ASEAN. Perselisihan agama dan etnik juga memberikan masalah kepada ASEAN."

Komuniti ASEAN dijangka akan siap dibina pada tahun 2015. Pada masa itu, penghijrahan penduduk di rantau itu akan menjadi satu masalah.

Menurut Zhang Xuegang, "Masalah populasi akan meningkatkan jurang perbezaaan dalam ASEAN. Contohnya Keluarlan Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita di Singapura sudah mencecah USD 20 ribu, namun angka itu di Laos dan Myanmar mencecah beberapa ratus dolar Amerika sahaja. ASEAN perlu menjaga keseimbangan dalaman supaya membina sebuah komuniti dalam bidang politik, ekonomi dan keselamatan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China