Cari:
Sektor Perbankan Indonesia Ayun Langkah Baharu
2013-06-05 15:39:14 CRI Cetak

Kebelakangan ini, terdapat dua trend dalam sektor kewangan Indonesia. Pertama, suara yang mahu pembaharuan sektor berkenaan diperincikan selaras dengan pewujudan integrasi ekonomi ASEAN menjelang tahun 2015 semakin lantang. Dan kedua, Gabenor baharu Bank Pusat Indonesia mula bertugas dan mengemukakan rancangan kerja untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sektor perbankan merupakan teras sistem kewangan Indonesia. Kini, terdapat lebih 120 buah bank di negara tersebut, termasuk 4 bank milik negara dan 27 bank pembangunan tempatan yang menguasai 40% aset kewangan di seluruh negara.

Lingkungan ahli kewangan di Indonesia sepakat bahawa dalam konteks globalisasi ekonomi yang semakin cepat, integrasi ekonomi ASEAN merupakan jalan yang mesti ditempuh oleh negara di Asia Tenggara. Sebagai "enjin" dan "bampar" ekonomi negara, sektor perbankan Indonesia perlu mematuhi piawaian kawal selia sejagat, mengurangkan jumlah bank dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, mengurangkan kadar faedah bagi meningkatkan daya saing di pasaran tempatan dan luar negara, memperkenalkan mekanisme penampan untuk menangani tekanan kewangan dan ekonomi serta mengelak daripada risiko. Hanya dengan demikian, barulah sistem perbankan Indonesia dapat bertahan dan membanguan dalam proses pembaharuan.

Dengan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan, Gabenor baharu Bank Pusat Indonesia, Agus Martowardojo diiktiraf secara meluas dalam lingkungan ahli kewangan negara tersebut. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Koordinasi Ekonomi, Chatib Basri kini menjawat jawatan Menteri Kewangan baharu.

Gabenor baharu itu mengemukakan rancangan kerja untuk tempoh lima tahun akan datang. Ini termasuk meningkatkan penyusunan dasar kewangan dan kawal selia yang berkaitan, memantapkan kadar tukaran asing dan pasaran mata wang, menjamin pelaksanaan belanjawan negara; menyempurnakan penggubalan undang-undang berkaitan keselamatan sistem kewangan, menjamin kestabilan sistem mata wang dan mencegah krisis kewangan; mengalihkan fungsi pemantauan sektor perbankan daripada bank pusat kepada institusi pengurusan perkhidmatan kewangan secara berperingkat; terus membaiki sistem pembayaran bagi memudahkan aktiviti ekonomi seperti pemborongan dan peruncitan; meningkatkan reputasi Indonesia dalam sektor kewangan antarabangsa melalui kerjasama antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China