Jabatan Pendakwa Rakyat Tertinggi China (SPP) dan Suruhanjaya Antirasuah Indonesia (KPK) semalam memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam usaha membanteras rasuah.
Berdasarkan MOU tersebut, China dan Indonesia akan berkongsi maklumat dan pengalaman dalam mengendalikan kes rasuah, selain mengadakan kerjasama teknikal yang berkaitan.
Ketua Pendakwa Raya SPP, Cao Jianming berharap MOU itu dapat memperkukuh kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara dalam bidang antirasuah.