Cari:
Malaysia Operasi Besar-besaran Tangkap PATI
2013-09-26 14:14:27 CRI Cetak

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa sejak operasi besar-besaran untuk menangkap pendatang haram atau pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 September lalu, setakat 16 September, seramai 4,356 orang PATI telah ditangkap, antaranya 1,355 adalah warga Indonesia.

Malaysia merupakan antara negara yang agak maju di Asia Tenggara, situasi politiknya yang stabil dan kemakmuran ekonominya menarik kedatangan tenaga asing ke negara itu. Meskipun ramai yang datang bekerja di Malaysia melalui saluran yang sah, namun terdapat juga sejumlah besar yang datang secara haram.

Kebanyakan PATI yang berada di Malaysia berasal dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Satu pertiga daripada PATI yang ditangkap dalam operasi tersebut datang dari Indonesia. Ini kerana Indonesia dan Malaysia merupakan negara jiran yang dekat dan juga negara anggota ASEAN. Kedua-dua negara ini bebas visa, bahkan kurang halangan dari segi bahasa kerana bahasa Melayu dan Indonesia tidak terlalu jauh berbeza. Ramai PATI dari Indonesia bekerja di tapak pembinaan bangunan dan ladang. Apabila kedengaran khabar tentang suatu operasi akan dijalankan pihak polis, mereka biasanya memilih bersembunyi di dalam hutan untuk mengelak daripada diusir balik ke negara asal.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan tempias krisis ekonomi antarabangsa, pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi perlahan. Ini menyebabkan permintaan terhadap tenaga pekerja asing lebih rendah daripada pembekalannya. Tanpa cara yang halal untuk mencari rezeki, sebilangan PATI terjebak dalam kegiatan jenayah, sehingga mengganggu kestabilan masyarakat tempatan. Untuk menangani masalah ini, Kementerian Dalam Negeri Malaysia melancarkan operasi menangkap PATI secara besar-besaran, yang akan diteruskan sehingga penghujung tahun ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya para majikan hanya menggaji pekerja asing yang datang secara sah, dengan dokumen dan permit kerja yang lengkap, dan melalui agensi pekerjaan yang diiktiraf.

Sebenarnya, polis Malaysia telah memulakan operasi membanteras kongsi gelap dan aktiviti jenayah ganas pada 17 Ogos lalu kerana ramai PATI didapati terlibat dalam kumpulan-kumpulan haram. Setakat 18 September, pihak polis berjaya menangkap hampir 9,000 suspek dan merampas 289 senjata api, serta berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak 7.34%, antaranya berlakunya kes jenayah berat menurun 12.48%, kes pembunuhan menurun 33.78%, dan kes rompakan 26%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China