Cari:
Vietnam akan Menjadi Pasaran Pengangkutan Udara Baharu Ketiga Terbesar di Dunia
2013-10-24 13:11:51 CRI Cetak

Menurut unjuran Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) pada tahun lalu, pasaran pengangkutan udara Vietnam bakal menjadi pasaran yang ketiga paling pesat berkembang di dunia menjelang tahun 2014, hanya didahului oleh China dan Brazil. IATA menjangka menjelang tahun 2015, jumlah penumpang penerbangan Vietnam akan mencatat 34 hingga 36 juta orang, pengangkutan barangan pula mencatat 850 ribu hingga 930 ribu tan. Jumlah tersebut akan masing-masing ditingkatkan kepada 52 hingga 59 juta orang dan 1.4 juta hingga 1.6 juta tan pada tahun 2019.

Berdasarkan jangkaan Vietnam pula, kadar peningkatan penumpang penerbangan domestik negara itu akan meningkat 15% pada tahun ini, iaitu dua kali ganda berbanding tahun 2012. Pada masa yang sama, kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam pada tahun 2012 hanya mencatat 5.03%, rekod terendah dalam tempoh 12 tahun yang lalu. Pada 21 Oktober lalu, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung pula mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi Vietnam pada tahun ini dijangka hanya 5.4%, lebih rendah daripada sasaran 5.5% yang dijangkakan. Dalam keadaan ini, perkembangan pesat pasaran pengangkutan udara akan menjadi penjana penting bagi ekonomi, perdagangan dan pelancongan negara itu.

Bentuk muka bumi wilayah Vietnam agak panjang, beberapa destinasi yang terkenal seperti Teluk Ha Long, Da Nang dan Nha Trang pula berjarak jauh antara satu sama lain. Oleh itu, penerbangan merupakan pilihan yang paling baik bagi pelancong asing ke negara itu.

Dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, populasi Vietnam meningkat sebanyak 900 ribu orang setahun. Tahun ini, populasi negara ini telah mencatat lebih 90 juta orang. Maka, perkembangan pesat pasaran pengangkutan udara Vietnam juga amat penting bagi memenuhi keperluan penduduknya sendiri.

China merupakan jiran baik bagi Vietnam. Kedua-dua negara mempunyai budaya dan adat resam yang mirip, manakala prosedur pemohonan visa pula agak mudah. Kesemua ini menjadi faktor penting yang menarik ramai pelancong China ke Vietnam. Pada tahun 2012, jumlah pelancong asing ke Vietnam mencatat rekad baharu, iaitu 6.84 juta orang. Antaranya terdapat 1.42 juta pelancong China, yang menduduki kira-kira satu perlima daripada jumlah keseluruhan. China telah menjadi sumber pelancong terbesar bagi Vietnam. Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, pelancong China ke Vietnam mencatat 1.19 juta, hampir merupakan satu perempat daripada jumlah pelancong asing ke negara itu.

Baru-baru ini, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah melawat ke Vietnam. Pemimpin kedua-dua negara menyatakan akan terus menggalakkan pemudahan dalam perdagangan dan menetapkan sasaran jumlah perdagangan bilateral mencatat USD 100 bilion pada tahun 2017. Pada masa yang sama, kerajaan juga menggalakkan usahawan melabur antara satu sama lain. Seiring dengan perkembangan pesat pasaran pengangkutan udara Vietnam, hubungan ekonomi, perdagangan dan pelancongan antara China dengan negara itu diyakini akan menjadi semakin erat pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China