Cari:
CNRP Adakan Tunjuk Perasaan di Kemboja
2013-10-25 14:01:12 CRI Cetak

Selepas tunjuk perasaan yang diadakan pada bulan September lalu, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) selaku parti pembangkang, mengadakan perhimpunan di Phnom Penh kelmarin untuk menggesa siasatan berkecuali diadakan atas dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.

CNRP mengadakan tunjuk perasaan secara damai selama tiga hari untuk kali ketiga di Lapangan Demokrasi Phnom Penh. Kebanyakan penunjuk perasaan ialah petani dari pelbagai provinsi negara itu. Menurut CNRP, pihaknya memilih 23 Oktober untuk mengadakan tunjuk perasaan kerana hari itu merupakan Hari Perjanjian Damai Paris, iaitu hari PBB dan dunia menyaksikan Kemboja mewujudkan keamanan, demokrasi, kebebasan dan pelbagai parti di negaranya.

Mesyuarat pertama Parlimen Kemboja Ke-5 memilih Hun Sen sebagai Perdana Menteri baharu. Heng Samrin menyandang jawatan Presiden Parlimen. Senarai anggota kabinet dan sembilan pengerusi dan naib pengerusi jawatankuasa yang dicalonkan oleh Hun Sen turut diluluskan. Menurut Hun Sen, parlimen tidak menghalang sebarang parti menyertai mesyuarat tersebut. Parti Rakyat Kemboja mengekalkan pendirian untuk berunding dengan CNRP untuk menyelesaikan isu-isu dan menyediakan beberapa jawatan dalam parlimen kepada CNRP.

Hun Sen yang berumur 60 tahun telah memegang kuasa pemerintahan di Kemboja selama 28 tahun dan mencapai kejayaan cemerlang dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat dan status Kemboja dalam ASEAN. Namun, dalam pilihan raya tersebut, walaupun Parti Rakyat pimpinan Hun Sen memperoleh lebih separuh kerusi dalam parlimen, parti itu yang berjaya merebut 90 kerusi pada masa lalu kehilangan 22 kerusi kali ini. Kerusi parti pembangkang CNRP pula meningkat daripada 26 kepada 55.

Walaupun CNRP menolak hasil pilihan raya tersebut dan kerap kali mengadakan tunjuk perasaan, namun kesemua ini tidak menjejaskan ekonomi dan industri pelancongan di negara itu. Menurut Hun Sen, pembaharuan merupakan tugas utama kerajaan pimpinannya. Beliau turut menegaskan akan terus membanteras rasuah dan meningkatkan taraf hidup dan keadaan kerja pegawai kerajaan dan para pekerja, serta menggalakkan pembangunan sektor kebajikan awam di negara itu.

Menurut laporan berhubung pelan pembangunan industri pelancongan Kemboja pada lima tahun akan datang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Kemboja baru-baru ini, pihaknya akan mengemukakan siri dasar pelancongan untuk menarik seramai 1.3 juta pelancong China ke negara itu setiap tahun bermula tahun 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China